Selasa, 16 Jun 2015

RUMAH LELONG KEDUA (BERJAYA DIBIDA)

Log dari awal bidaan hingga selesai urusan.

27 MEI 2015
Pergi bank CIMB buat bank draf sebanyak RM2,500.00 iaitu 10% dari harga simpanan.

29 MEI 2015
Hari ni pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Harga asal rumah tu RM25000.00, tapi naik kepada RM75000.00. Alhamdulillah dapat rumah ni. Rumah jenis freehold endlot. Walaupun rumah ni nampak buruk tapi saya tetap positif bahawa rumah ni boleh menjana income kelak.

1 JUN 2015
Pergi ke Maybank untuk bertanyakan berkenaan pembiayaan rumah nanti. Minta borang dan maklumat berkenaan dokumen sokongan yang diperlukan. Kadar keuntungan bank 4.72%.




2 JUN 2015
Pergi ke CIMB dan RHB untuk dapatkan sepertimana di Maybank. Rasanya pergi tiga bank untuk pembiayaan ni. Kadar CIMB 4.88% dan RHB 4.81%.

3 JUN 2015
Hantar dokumen ke Maybank.

4 JUN 2015
Hantar dokumen ke CIMB dan RHB

12 JUN 2015
Pihak Maybank hubungi untuk maklumkan bahawa pembiaayaan diluluskan.

15 JUN 2015
Terima mesej dari Maybank yang memberitahu bahawa pembiayaan telah lulus dan akan surat terima akan dikeluarkan dalam tempoh dua hari. Alhamdulillah.

akan bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan