Jumaat, 14 Disember 2012

Israel zaman kini di dalam Al-Quran?: Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera di Israel. Bahagian 1

Apakah yang Allah Taala sebutkan berkenaan beberapa fakta zaman moden berkenaan Israel?
Al-quran yang mulia, dan Islam sesungguhnya dipenuhi dengan penyataan dan pandangan berkenaan sains. Penyataan-penyataan dari Allah Maha Kuasa menggambarkan bagaimana Dia mencipta sesuatu di Bumi dan di Alam Semesta. 
Apa yang menakjubkan ialah kesemua penyataan sains dan pandangan ini telah dibuktikan sangat bertepatan dengan sains dan penemuan-penemuan sains yang terkini. Allah Maha Kuasa telah menjadikan al-Quran sebagai wahyu terakhir, keajaiban dan bukti kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.  Kitab suci ini sememangnya teguh berdiri menghadapi ujian sepanjang tempoh sejak 1500 tahun yang lalu dengan dakwaan-dakwaannya, ramalan dan keajaiban penggunaan bahasa yang indah maknanya, dan ia berkali-kali menunjukkan kepada kita pada zaman ini dengan bukti-bukti yang melampaui jangkaan, bertepatan dengan sains dan penemuan yang mana tidak pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.
Firman Allah: 
{ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53) }
Bermaksud: 53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)

Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera, di Israel.






Di sini beberapa fakta asas berkenaan ketenteraan di Israel:
·      Israel adalah Negara unik di mana ketenteraan adalah wajib untuk lelaki dan perempuan. Ia adalah satu-satunya Negara di dunia yang mengekalkan paksaan ketenteraan kepada wanita. Ini berterusan dari tradisi yang mana wanita menjadi pejuang pada perang kemerdekaan Israel. Yang lelaki berkhdmat untuk tiga tahun dan perempuan berkhidmat kurang dari dua tahun. Israel juga mempunyai peratus tertinggi latihan ketenteraan di dunia- 80% daripada penduduknya menerima panggilan berkhidmat ketenteraan.
·   Pengecualian: Mereka yang dikecualikan daripada berkhidmat adalah golongan minoriti yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan psikologi, perempuan berkahwin, perempuan yang mempunyai anak, pendeta agama (lelaki) yang belajar di Institusi Jewish Law yang diiktiraf dan perempuan yang memilih untuk melakukan khidmat masyarakat.
·     Populasi yang kecil rakyat Israel, bermaksud Negara ini tidak mungkin boleh mempunyai kekuatan ketenteraan yang besar berbanding isu keselamatan dan risiko pengganas yang ia hadapi. Untuk sebab itu, askar yang telah habis tempoh latihan (setelah dua atau tiga tahun) ia masih perlu berkhidmat sebagai simpanan sehingga berumur awal 50an, yang mana mereka perlu menyumbang lebih dari sebulan dari waktunya pada setiap tahun, ia termasuk latihan dan perkhidmatan secara aktif. Askar simpanan ini membentuk tulang belakang bagi mengumpulkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas-tugas ketenteraan yang diperlukan. Bukan perkara pelik di Israel jika dua generasi dalam sesebuah keluarga berkhidmat secara serentak dalam tentera- bagi anak ia adalah khidmat wajib dan bagi bapa khidmat secara simpanan.

·         Sistem askar simpanan ini amat bagus kerana ia membenarkan sebilangan besar dari anggota tenteranya untuk bergiat aktif dalam masyarakat dan ekonomi, kerana askar simpanan ini masanya banyak bersama masyarakat, hanya sebahagian waktunya sahaja bersama pihak tentera (bertugas). Dengan system ini juga, pada masa yang sama, pihak tentera dapat menggerak dan menghimpunkan ratusan ribu tentera simpanan dalam masa beberapa jam dan mengumpulkan seluruh kekuatan anggota tentera dalam masa 48 jam.
·         Sistem askar simpanan ini bermakna bahawa pihak tentera mempunyai pegawai-pegawai dan angota-anggota dengan pengalaman hidup yang luas dan mempunyai kepakaran pengurusan. Unit-unit simpanan ini, menjayakan pelbagai operasi, seperti Operation Defensive Shield (Operasi Perisai Pertahanan) semasa gelombang keganasan penduduk Palestin. Rasionalnya askar simpanan ini adalah, anggota-anggota tentera lebih matang dan boleh diberi kepercayaan untuk menghadapi situasi secara lebih diplomasi dan lebih tenang. (Sumber)

Fakta berkenaan perkara di atas dalam Quran

Pun begitu, Allah Maha Kuasa telah menyebut ayat di bawah berkenaan Orang Israel sejak 1500 tahun yang lalu:
Firman Allah:
 { ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا (6) }\ 
Bermaksud: kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum Yang lebih ramai pasukannya. (Isra 17:6)

Dalam terjemahan lain (bahasa Inggeris):
[017:006] Then we gave you once again your turn against them, and We aided you with wealth and children and made you more in soldiery.

Keterangan dari sudut bahasa Arab
Perkataan arab نفيرا  dan أكثر adalah kata kuncinya:
1.    Perkataan نفيرا ialah kata akar bagi: استنفار . kedua-duanya membawa maksud: Pasukan tentera atau masyarakat atau kumpulan manusia, yang berada dalam keadaan pergerakan, yang kebiasaannya untuk hal-hal kecemasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera.
2.    Perkataan اكثر bermaksud lebih atau paling banyak.
Jadi, perkataan نفيرا  dan أكثر difahami bahawa Allah telah menjadikan rakyat Israel di antara semua Negara dunia, sebagai Negara yang mempunyai rakyatnya, semuanya menjadi tentera. 
Definisi yang diberikan itu tadi menunjukkan bukti- yang jelas dan tidak dapat disangkal lagi- yang membuktikan perkara berikut:

1.     Menurut Kamus Google Online Arab-Inggeris نفيرا  bermaksud:
a.    Soldiery… (Ketenteraan) Klik pada perkataan ini pada halaman Google, anda juga akan mendapat makna di bawah:
b.    Nvera
c.    Of arms (senjata)
d.    In soldiery (dalam hal ketenteraan)
e.    Numerous band (pasukan yang berbilang)
2.    Juga, menurut kamus yang sama, Googleاستنفار bermaksud:
a.    Alert… (bersiap-sedia). Klik pada perkataan ini pada halaman Google, anda juga akan mendapat makna di bawah:
b.    Mobilize (menggerakkan)
c.    Mobilization (merekrut tentera)
d.    Mobilized (memenuhkan)
e.    Of alert (kesedian)
نفيرا  dan استنفار didefinasi seperti berikut:

ونَفَرُوا في الأَمر يَنْفِرُون نِفاراً ونُفُوراً ونَفِيراً؛ هذه عن الزَّجَّاج، وتَنافَرُوا: ذهبوا، وكذلك في القتال.
Bermaksud: dan apabila mereka “nafaru” dalam sesuatu urusan, mereka pergi kesemuanya dalam keadaan ketenteraan untuk berperang.
وفي الحديث: وإِذا اسْتُنْفِرْتُمْ فانْفِرُوا.
والاسْتِنْفارُ: الاسْتِنْجادُ والاسْتِنْصارُ، أَي إِذا طلب منكم النُّصْرَةَ فأَجيبوا وانْفِرُوا خارجين إِلى الإِعانة.
Dan dalam hadis Nabi SAW menyebut: Apabila kamu “istanfartum” (pergi dalam keadaan استنفار), kemudian pergilah secara kesemuanya. Juga, definasi استنفار ialah memohon pertolongan dan bantuan, dan apabila kamu dipanggil untuk meberikan bantuan sokongan yang segera, pergilah dan beradalah dalam keadaan استنفار, dan keluarlah untuk membantu dan menyelamat.
(Pautan ini ada contoh dalam beberapa halaman dan petikan yang sama dengan definisi di sini)

4.    Juga, menurut Kamus Atas Talian Google  Arab-Inggeris اكثر bermaksud:
a.    More (lebih banyak)… Klik pada perkataan ini pada halaman Google, anda juga akan mendapat makna di bawah:
b.    Most (paling banyak)
c.    Over (melebihi)
d.    A more (satu kadar lebih banyak)

Jadi , amat jelas bagi kita bahawa segala yang diceritakan di dalam al-Quran telah menjadi kenyataan.

bersambung di bahagian 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan