Sabtu, 12 Oktober 2013

PENGALAMAN BELI KASUT SECARA ONLINE DI ZALORA :)

 Sekali sekala nak bercerita juga berkenaan hal kehidupan ni. Hehe. Takkan nak serius je muka kan? Hehe.
Saya biasanya membeli online melalui web lelong.my tapi kali ni nak mencuba pulak beli dari lain syarikat.

Bagaimana boleh timbul keyakinan membeli?
1.       Keraguan memang tak dapat dinafikan memang ada. Biasanya, kalau satu benda tu kita belum kenal maka tentunya sukar untuk terus berurusan. Bak kata orang putih “Trust must be earned”. Selama ini memang saya tak pernah jenguk laman web Zalora ni, kalau ada pun saya selalu buka Lazada, tapi tak pernah beli apa-apa pun.
2.       Kemudian ada rakan di ofis yang beritahu pernah beli melalui Lazada. Dia ceritakan bagaimana proses beli dari awal hingga habis, baru lah saya faham tentang cara pembelian di Lazada. Barang yang dibelinya juga dah sampai. Kurang dua hari katanya sampai ke sini Labuan.
3.       Jadi keyakinan dalam hati saya pun bertambah. Dari pembacaan di internet, ia menunjukkan Lazada dan Zalora adalah bernaung di bawah syarikat yang sama. Ini membuatkan saya terus membuat pembelian di Zalora.

Bagaimana proses pembelian?
1.       Pilih barangan yang diingini. Kasut contohnya. Kemudian pilih saiz.
 
2.       Tekan butang “ADD TO BAG”. Sekiranya masih ingin membeli tekan butang “CONTINUE SHOPPING”. Sekiranya telah selesai memilih maka tekan butang “GO TO CHECKOUT”.

3.       Kalau ada kupon, sila masukkan. Saya ada kupon 10%, jadi apa-apa harga yang dipaparkan akan dikurang lagi 10%. Kalau di web tertulis diskaun 26% maka barang tersebut akan jadi 36% lah kiranya. Haha.

4.       Selepas itu, daftar masuk. Paparan yang akan dilihat adalah seperti ini (contoh).
 Saya membayar menggunakan kad hutang (Credit Card), saya rasa lebih mudah guna ini.  Dan lagi satu sebabnya, ada tambahan lagi diskaun sebanyak 5% jika guna kad kredit. Itu yang membuatkan ia lebih menarik. Jadi saya masukkan butiran yang diperlukan.
 
5.       Untuk makluman, ketika ini pembelian masih belum muktamad lagi. Selesai sahaja menekan butang ”PLACE ORDER” maka urusan pembelian telah pun selesai. Anda akan dimaklumkan melalui emel sekiranya penghantaran telah dibuat.
Berapa lama penghantaran?
1.       Untuk makluman, saya berada di Labuan sekarang ini. Jadi penghantaran di alamatkan ke Labuan.
2.       Di bawah ini adalah gambar pembelian sebenar. Dibeli pada 7 Oktober 2013 jam 9.13 pm. Ia tiba ditangan saya pada 9 Oktober 2013.

3.       Jadi berapa hari kalau dikira? Kurang 48 jam. Saya rasa memang laju urusan penghantaran ini. Dan saya merasakan tiada halangan untuk saya membuat pembelian lain pada masa akan datang.

Berapa kos penghantaran?
1.       Ini adalah soalan pertama saya kepada kawan saya tempohari. Percuma? Macam tak percaya. Tapi itulah kenyataannya. Tahniah bagi Zalora kerana perkhidmatan yang cemerlang ini.
2. Di bawah ini kotak berisi barangan yang dipesan.

Komen berkenaan barang yang dipesan.
1.       Kasut yang dibeli sama seperti di laman web. Baju (untuk isteri saya) cantik, kain sedap dipakai.
2.       Komen? Alhamdulillah.
Itu lah kisah membeli di lazada. masa yang diambil untuk siap lebih dua jam. Hmmm sebab tu lah saya jarang update blog ni. Masa untuk update tak berapa ada. Ada kerja yang perlu lebih diutamakan berbanding blog. Tapi apa-apa pun, Insha Allah saya akan curi masa update blog ni. Hehe.

JOM PUASA HARI ARAFAH



Bilakah Hari Arafah?
Ia adalah hari ke Sembilan dari bulan Zulhijjah setiap tahun Islam. Ulama telah berijmak bahawa puasa Hari Arafah adalah seafdal-afdal hari untuk berpuasa.

Apakah kelebihan puasa pada hari Arafah?
Dan kelebihannya telah disebutkan dalam hadis:
جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :" صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده " [ رواه مسلم ] .

Bermaksud: telah datang dari Nabi SAW katanya: (berkenaan) Puasa hari Arafah, aku memohon dari Allah, agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. HR Muslim.

Hukum puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.

Bilakah bermulanya takbir raya dan apa lafaznya?


Berapakah jenis takbir hari raya Aidil Adha?
 
Takbir Hari Raya Aidul Adha ada dua jenis:

i.                    Takbir Mutlak bermula dari awal zulhijjah hingga hari raya. Boleh bertakbir di jalan, di pasar, di mina, dan sambil bertemu dengan yang lain dalam keadaan bertakbir.

ii.                  Takbir muqayyad iaitu yang terikat dengan selepas solat fardu. Khususnya apabila solat itu dilakukan secara berjamaah sebagaimana yang disyaratkan oleh kebanyakan ulama.
Dan takbir itu tidak terhad disuatu tempat, bahkan ia boleh di tempat solat hari raya, dalam perjalanan ke masjid, ketika duduk menunggu solat sebaiknya seseorang itu bertakbir dan jangan duduk senyap sahaja, sama ada pada hari raya Aidul Fitri atau Aidul Adha. Kerana hari ini (hari raya) adalah hari yang sepatutnya kita membesarkan syiar islam iaitu dengan bertakbir.

Bilakah bermulanya takbir hari raya Aidil Adha?

 Takbir Hari Raya Aidil Adha bermula dari fajar hari arafah dan terhenti waktu asar pada hari keempat. Dan takbir yang ma’thur ialah

"الله أكبر . الله أكبر . لا إله إلا الله. .. والله أكبر . ولله الحمد "

Dan ada lafaz yang berbeza sebagaimana disebut oleh Salman RA

" الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرًا "،


Lafaz takbir tidak yang ma'thur
1. Berkenaan berselawat ke atas Nabi selepas takbir (perkara ini di Malaysia tidak diamalkan secara meluas, namun ditulis disini sebagai Pengetahuan) dan apa yang berkaitan dengannya dari zikir-zikir, ia tidak disebutkan dalam hadis Nabi SAW seperti lafaz:
 
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد و أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما كثيرا ..
Di atas adalah sebahagian lafaz takbir di Negara arab seperti di mesir . Lafaz ini tidak diamalkan di Negara kita.

Selawat ke atas Nabi adalah perkara yang telah disyariatkan tidak mengira waktu untuk diamalkan. Perbuatan mengkaitkan dan menetapkan lafaz sebegini pada waktu ini (pada lafaz takbir) adalah tidak pernah disebut oleh Nabi SAW dan tidak dari para sahabatnya.
2. Begitu juga dengan lafaz yang kita biasa dengar berkaitan dengan takbir raya iaitu:

" لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وهزم الأحزاب وحده ...
 
Ia sebenarnya tiada dalil yang mengaitkannya dengan hari raya. 


Kemudian berkenaan takbir muqayyad selepas setiap solat, ia bermula dari solat fajar hari arafah (subuh hari raya), dan berterusan sehingga dua puluh tiga solat fardu iaitu hingga hari keempat raya. Di mana takbir terhenti selepas solat asar pada hari itu (takbir yang terakhir ialah takbir selepas solat asar). Wallahu a’lam. 

Jadi, apakah Lafaz takbir sebetulnya?

Para ulama berselisih faham kepada beberapa pendapat:

Pertama: الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد

Kedua: " الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد "

Ketiga: " الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد

Dalam lafaz takbir ini, ia adalah luas kerana ketiadaan nas dari Nabi SAW yang menunjukkan lafaz perlu ditetapkan begitu atau begini.
 
Dipetik dan diterjemah dengan beberapa perubahan dari sini

Selasa, 18 Disember 2012

Israel zaman kini di dalam al-Quran? Negara Israel terbentuk daripada pelbagai etnik dan kewarganegaraan.

Negara Israel terbentuk daripada banyak etnik dan warganegara

Di sini, beberapa fakta asas berkenaan Negara Israel:

·       Sila lihat juga : Demografi IsraelAshkenazi JewsMizrahi JewsSephardi Jews dan Jabatan Etnik Yahudi.
·       Menurut Jabatan Statistik Israel, pada tahun 2009, dari kalangan rakyat Israel, tujuh juta, iaitu 75.4 % adalah terdiri daripada Yahudi dari pelbagai latarbelakang. Di kalangan mereka, 68 % adalah Sabras (kelahiran Israel), kebanyakan mereka adalah generasi kedua atau ketiga dan selebihnya adalah Olim (penghijrah ke Israel)- 22 % dari Eropah,  dan Amerika, dan 10% dari Asia dan Afrika, termasuk Negara arab.
·       Hampir setengah dari bilangan rakyat Israel adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Eropah, manakala sejumlah yang sama adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Negara Arab, Iran, Turkey dan Asia Tengah. Lebih dua ratus ribu merupakan dari kalangan Yahudi Ethiopian dan Indian, atau keturunan mereka. 

·      Ketika Pengumuman Negara Israel, majority Yahudi di dalam Negara dan kawasan itu adalah Ashkenazi.
·   Berikutan pengumuman itu, kebanjiran penghijrah Yahudi dan pelarian, memasuki Israel – kedua-duanya dari Eropah dan Amerika, dan juga dari dunia arab dan dunia islam. Kebanyakan penghijrah Yahudi pada tahun 1950an dan 1960an adalah Yahudi yang terselamat dari Holocaust, begitu juga  Yahudi Sephadic dan Mizrahi (kebanyakannya yahudi dari Maghribi, Yaman, Bukhara, Persia, Iraq, Kurdish dan komuniti-komuniti kecil khususnya dariLibya, Mesir, India dan Turkey).
  • Dalam dekad yang terkini, komuniti Yahudi yang lain juga telah berhijrah ke Israel termasuklah Yahudi Ethiopian, Russia, dan Bnei Menashe.

Perincian Yahudi Ashkenazi

Yahudi Ashkenazi, warga asal Israel boleh diterang dengan jelas asal usul mereka, seperti berikut:
a)    USSR
b)    Poland
c)     Ukraine
d)    Romania
e)    Amerika Utara dan Selatan
f)      German/Austria
g)    Amerika Latin
h)    Hungary
i)       Czechoslovakia
j)      Afrika Selatan


Latarbelakang kenegaraan asal bagi penduduk Israel terkini:
a)    Maghribi
b)    Iraq
c)     Yaman
d)    Iran
e)    Algeria/Tunisia
f)      Azerbaijan / Armenia/ Georgia/ Rusia Selatan
g)    Bulgaria/ Greec
h)    Turkey
i)       Libya
j)      Mesir
k)     Asia Tengah
l)       Syiria
m)  Lubnan
n)    India/ Pakistan
o)    Amerika Latin


Asal usul dan tempat kelahiran
Populasi pada 2009 adalah seperti berikut:
Asal
Populasi
Peratus
Israel
2,089,200
37.5%
Eropah-Amerika
1,939,900
34.8%
Africa
860,800
15.5%
Asia
679,300
12.2%
Jumlah
5,569,200
100%


Law of Return (Undang-undang Kepulangan)

       i.          Undang-undang ini merupakan perlembagaan Negara Israel yang memberikan kepada semua Yahudi dan sesiapa yang mempunyai pertalian darah, kebenaran untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Israel dan untuk menetap di Israel.
      ii.          Ia telah dijadikan sebagai undang-undang oleh Knesset, Parlimen Israel, pada 5 Julai 1950, dan berhubungkait dengan akta Law of Citizenship (Undang-undang Kewarganegaraan) pada tahun 1952. Kedua-dua undang-undang ini mengandungi penyataan berkaitan agama, sejarah dan kenegaraan, begitu juga demokrasi, yang digabungkan secara khusus untuk Negara Israel.
    iii.          Dengan kedua-duanya ini, mereka memberikan layanan yang istimewa kepada orang-orang Yahudi untuk pulang ke tanah nenek moyang mereka.
    iv.          Undang-undang ini mengisytiharkan bahawa Israel membentuk sebuah tempat tinggal bukan hanya untuk mereka yang tinggal di Negara itu, tetapi juga untuk semua ahli keluarga Yahudi di mana sahaja mereka tinggal, sama ada mereka tinggal dalam keadaan kemiskinan dan bimbang ketidak-adilan, atau mereka kaya dan aman tenteram. Kediaman disediakan untuk mereka.
     v.          Undang –undang ini menisytiharkan bahawa kepada orang-orang Yahudi dan kepada dunia  bahawa Negara Israel mengalu-alukan kedatangan Orang-orang Yahudi di dunia untuk kembali ke tanahair asal mereka. (Sumber)

Akan tetapi, Allah Maha Kuasa telah menyebut ayat berikut berkenaan Israel, sejak 1400 tahun yang lalu

وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الْأَرْضَ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآَخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا (104)
bermaksud: 104. dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu Dengan bercampur-aduk. (Isra 17:104)


Terjemahan lain:
Pickthall:
[017:104] And We said unto the Children of Israel after him: Dwell in the land; but when the promise of the Hereafter cometh to pass We shall bring you as a crowd gathered out of various nations.

Keterangan dari ayat
Perkataan arab لفيفا bermaksud, seperti yang diterangkan dalam terjemahan di atas, untuk membawa secara bersama, satu kesatuan dari pelbagai tempat atau Negara.
Ini sememangnya, satu cara Negara Israel terbentuk selepas 1948 ketika Israel di isytiharkan sebagai Negara berdaulat, sehingga hari ini. Orang-orang Israel (yahudi) memang datang dari serata dunia dan Negara Israel sememangnya terbentuk dari pelbagai etnik dan kewarganegaraan.

bersambung di bahagian 3: Berlawan dari belakang dinding
Anda mungkin berminat membaca: 
Bahagian 3

Diambil dari sumber



Jumaat, 14 Disember 2012

Israel zaman kini di dalam Al-Quran?: Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera di Israel. Bahagian 1

Apakah yang Allah Taala sebutkan berkenaan beberapa fakta zaman moden berkenaan Israel?
Al-quran yang mulia, dan Islam sesungguhnya dipenuhi dengan penyataan dan pandangan berkenaan sains. Penyataan-penyataan dari Allah Maha Kuasa menggambarkan bagaimana Dia mencipta sesuatu di Bumi dan di Alam Semesta. 
Apa yang menakjubkan ialah kesemua penyataan sains dan pandangan ini telah dibuktikan sangat bertepatan dengan sains dan penemuan-penemuan sains yang terkini. Allah Maha Kuasa telah menjadikan al-Quran sebagai wahyu terakhir, keajaiban dan bukti kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.  Kitab suci ini sememangnya teguh berdiri menghadapi ujian sepanjang tempoh sejak 1500 tahun yang lalu dengan dakwaan-dakwaannya, ramalan dan keajaiban penggunaan bahasa yang indah maknanya, dan ia berkali-kali menunjukkan kepada kita pada zaman ini dengan bukti-bukti yang melampaui jangkaan, bertepatan dengan sains dan penemuan yang mana tidak pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.
Firman Allah: 
{ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53) }
Bermaksud: 53. Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)

Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera, di Israel.






Di sini beberapa fakta asas berkenaan ketenteraan di Israel:
·      Israel adalah Negara unik di mana ketenteraan adalah wajib untuk lelaki dan perempuan. Ia adalah satu-satunya Negara di dunia yang mengekalkan paksaan ketenteraan kepada wanita. Ini berterusan dari tradisi yang mana wanita menjadi pejuang pada perang kemerdekaan Israel. Yang lelaki berkhdmat untuk tiga tahun dan perempuan berkhidmat kurang dari dua tahun. Israel juga mempunyai peratus tertinggi latihan ketenteraan di dunia- 80% daripada penduduknya menerima panggilan berkhidmat ketenteraan.
·   Pengecualian: Mereka yang dikecualikan daripada berkhidmat adalah golongan minoriti yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan psikologi, perempuan berkahwin, perempuan yang mempunyai anak, pendeta agama (lelaki) yang belajar di Institusi Jewish Law yang diiktiraf dan perempuan yang memilih untuk melakukan khidmat masyarakat.
·     Populasi yang kecil rakyat Israel, bermaksud Negara ini tidak mungkin boleh mempunyai kekuatan ketenteraan yang besar berbanding isu keselamatan dan risiko pengganas yang ia hadapi. Untuk sebab itu, askar yang telah habis tempoh latihan (setelah dua atau tiga tahun) ia masih perlu berkhidmat sebagai simpanan sehingga berumur awal 50an, yang mana mereka perlu menyumbang lebih dari sebulan dari waktunya pada setiap tahun, ia termasuk latihan dan perkhidmatan secara aktif. Askar simpanan ini membentuk tulang belakang bagi mengumpulkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas-tugas ketenteraan yang diperlukan. Bukan perkara pelik di Israel jika dua generasi dalam sesebuah keluarga berkhidmat secara serentak dalam tentera- bagi anak ia adalah khidmat wajib dan bagi bapa khidmat secara simpanan.