Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akidah. Papar semua catatan

Ahad, 12 Januari 2014

Muhammad dan Quran 4

Tanya orang yang berpengetahuan

Satu lagi point yang menarik, quran berulang-ulang memberikan saranan kepada pembaca; Quran memaklumkan pembaca tentang beberapa fakta saintifik, lalu menyarankan, “Kalau kamu mahu tahu lebih tentang ini atau itu, atau kalau engkau ragu-ragu tentang apa yang disebut, maka engkau perlu bertanya kepada orang yang berpengetahuan.”

Ini juga satu pendirian yang mengejutkan. Bukan menjadi kebiasaan untuk memiliki buku hasil dari  seseorang tanpa latihan geografi, botani, biology dan lain-lain, yang membincangkan tajuk-tajuk ini dan menasihatkan pembaca untuk bertanya orang yang berpengetahuan kalau dia meragui sesuatu dalam bukunya.

Hingga kini pada setiap masa, ada kalangan muslim yang mengikuti saranan quran dan membuat penemuan yang mengagumkan. Sekiranya seseorang melihat kepada hasil kerja saintis muslim pada kurun yang lalu, seseorang akan mendapati hasil kerja mereka ini penuh dengan petikan ayat dari Quran. Hasil penyelidikan mereka ini, mereka menyebut tempat mereka menjalankan ujikaji untuk mencari sesuatu. Semua menyebut bahawa mereka membuat penyelidikan di sesuatu tempat, mencari sesuatu. Dan mereka yakin dengan pencarian mereka ini kerana Quran telah menyuruh mereka berbuat demikian.

Sebagai contoh, Quran menyebut tentang asal usul manusia, dan ia memberitahu pembaca supaya “Selidikinya!”. Sebenarnya ia memberi pembaca klu untuk melihat di mana, dan kemudian meminta pembaca mencari lebih lagi maklumat berkenaan perkara itu. Ini adalah perkara yang muslim terlepas pandang, tidak sebagaimana yang dilakarkan pada contoh berikut:

Embriologi
Universiti Toronto

Beberapa tahun dulu, sekumpulan lelaki di Riyadh, Arab Saudi mengumpul semua ayat dalam quran yang membincangkan embriology- pertumbuhan manusia dalam rahim. Satu daripadanya, Firman Allah: (al-Hajj 22:5)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّنَ ٱلۡبَعۡثِ فَإِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن تُرَابٍ۬ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٍ۬ ثُمَّ مِنۡ عَلَقَةٍ۬ ثُمَّ مِن مُّضۡغَةٍ۬ مُّخَلَّقَةٍ۬ وَغَيۡرِ مُخَلَّقَةٍ۬ لِّنُبَيِّنَ لَكُمۡ‌ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ى ثُمَّ نُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلاً۬ ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّڪُمۡ‌ۖ

Bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa
Mereka kata, "Ini lah yang dikatakan oleh Quran. Adakah ia benar?" Mereka memilih seorang bukan muslim, pakar dalam bidang embriologi di Universiti Toronto. Namanya Keith Moore, dia adalah pengarang buku-buku berkaitan embriologi. Mereka menjemputnya ke Riyadh dan memberitahunya, “Ini adalah yang quran katakan tentang embiologi. Adakah ia benar? Apa yang dapat engkau beritahu kami tentangnya?”

Ketika Dr. Moore berada di Riyadh, mereka memberikan segala pertolongan yang diperlukan berkenaan terjemahan dan semua kerjasama yang dia mahukan. Dia amat terperanjat apa yang dijumpainya dalam Quran, lalu dia membuat beberapa perubahan dalam buku karangannya. Fakta yang menarik, dalam edisi kedua bukunya dipanggil -Before We Are Born- dalam seksyen berkenaan embriologi, dia memasukkan beberapa perkara yang tiada pada edisi pertama setelah apa yang ditemuinya dalam quran. Perkara yang disebutkan Quran adalah melangkaui zaman, dan sesiapa yang mempercayai quran sebenarnya mengetahui apa yang tidak diketahui oleh yang lain.

 Reaksi skeptik

Dr. Moore juga menulis buku berkenaan klinikal embriologi, dan dia membentangkan maklumat ini di Toronto, lalu ia menyebabkan sedikit kekacuaun di Kanada. Ia dicetak di muka depan suratkhabar di seluruh kanada, dan beberapa tajuk utama yang agak melucukan. Sebagai contoh, "SURPRISING THING FOUND IN ANCIENT PRAYER BOOK!"  “Benda menakjubkan dalam buku ibadat lama” ia nampak jelas dari contoh ini, bahawa orang ramai tidak memahami sepenuhnya, apakah yang dimaksudkannya.

Satu perkara yang berlaku, seorang wartawan suratkhabar bertanya Professor Moore, "Tidakkah engkau terfikir bahawa mungkin orang arab telah tahu tentang perkara ini (ciri-ciri embrio, rupanya, bagaimana ia berubah dan membesar)? Mungkin mereka bukan saintis, tapi mungkin mereka telah buat analisa awal (crude dissections) sendiri, membedah manusia dan memeriksa benda ini."

Professor cepat-cepat memaklumkan bahawa dia telah terlepas satu perkara yang penting iaitu semua slide yang ditunjukkan berkenaan embrio telah diambil melalui mikroskop. Katanya,"Ia tak jadi masalah, kerana kalaupun seseorang telah mencuba untuk membuat penemuan embriology 1400 tahun yang lalu. Mereka tidak akan mampu nampaknya.
Semua ciri-ciri dalam quran berkenaan rupa bentuk embrio, adalah semua benda ini terlalu kecil untuk dilihat oleh mata, jadi oleh itu, seseorang memerlukan mikroskop untuk melihatnya. Disebabkan, alat seperti itu hanya boleh didapati kurang dari dua ratus tahun. Dr Moore memperli, "Mungkin 1400 tahun lalu seseorang telah mempunyai miroskop secara rahsia, dan membuat penyelidikan ini, juga tidak membuat sebarang kesilapan di mana-mana. Kemudian dia entahbagaimana- mengajarkan kepada Muhammad, dan meyakinkanya untuk memasukkan ke dalam bukunya. Kemudian dia menghancurkan segala kelengkapan dan membiarkan ia sebagai rahsia selamanya. Kamu percayakah? Kamu tak sepatutnya begitu, kerana ia memang teori yang mengarut, kecuali engkau bawakan bukti."
kemudian bila dia ditanya, " Bagaimana engkau menjelaskan maklumat ini dalam quran?" Dr Moore menjawab, "Ia tidak mungkin, kecuali datang dari wahyu."

bersambung pada siri 5..

Muhammada dan Quran 3

Nabi muhammad dan  Quran.
Ada yang mengatakan quran adalah hasil  oleh minda manusia. Terdapat beberapa karya yang menyebut bahawa ia adalah hasil imaginasi 'hallucination' Nabi صلى الله عليه وسلم . Kalau lah ia hasil dari ketidaksiuman 'mental' nabi saw , sebahagian kegilaannya pasti akan ada dalam quran. Namun, adakah wujud perkara sebegitu dalam quran? Jadi untuk mencari jawapan sama ada, di sana ada atau tidak, pertama seseorang perlu mengenalpasti apakah yang sedang berlaku pada fikiran Muhammad pada ketika itu dan mencari pemikirannya dan bertadabbur dengan quran.

Menjadi pengetahuan umum, bahawa Nabi saw menghadapi kesukaran dalam hidup. Semua anak perempuannya mati, kecuali seorang, dan dia mempunyai seorang isteri menyayanginya, yang bersamanya selama beberapa tahun, yang meninggal dunia pada waktu yang begitu kritikal dalam hidup Nabi Saw.
Setelah menerima wahyu pertamanya yang disampaikan melalui Jibril, dia lari kepada isterinya disebabkan rasa takut. 
Cuba perhatikan, quran tidak menyebut walau satu perkara duka yang berlaku ini-tiada hal kematian anak-anaknya, isteri, dan ketakutan semasa menerima wahyu yang dikongsi dengan isterinya- tiada semuanya. Sekiranya Quran adalah hasil rekaan dari kesan mental yang tidak stabil, pasti perkara-perkara sebegitu akan terpapar dalam Quran.
Pendekatan saintifik oleh quran.
Pendekatan saintifik adalah satu cara yang dibawa oleh quran yang tidak dibuat oleh kitab-kitab terdahulu secara khusus, dan agama lain secara am. Inilah perkara yang dimahukan oleh para saintis. Hari ini ramai manusia mempunyai idea dan teori tentang bagaimana alam universe ini berfungsi. Masyarakat hari ini juga, menginginkan ujian penipuan 'test of falsification' dilakukan terhadap mana-mana teori. Mereka katakan, "kalau  engkau ada teori, jangan ganggu kami kecuali engkau datangkan cara engkau boleh membuktikan sama ada engkau salah atau betul.
Ini jugalah yang menyebabkan manusia awal kurun 19, mereka mendengar pendapat Einstein. Dia datang dengan satu teori dan mengatakan, "Saya percaya alam semesta ini berfungsi dengan begini; dan di sini ada tiga cara untuk buktikan saya salah atau betul!" Jadi masyarakat saintifik ketika itu, mereka mengkaji teorinya dengan beberapa ujian dan dalam tempoh enam tahun, ia melepasi ujian ini. Sudah tentu, ini tidak membuktikan bahawa dia seorang hebat, tetapi ia membuktikan bahawa dia layak dan berhak untuk didengari kerana dia telah mengatakan, "Ini adalah idea saya; dan sekiranya kamu ingin membuktikan saya ini salah, silakan buat ini dan cuba itu".

Inilah yang quran lakukan ujian penipuan "falsification tests". Beberapa boleh didapati walaupun ia telah lama, yang telah dibuktikan benar dan sebahagian masih wujud hari ini. Biasanya ia menyebut, "Kalau buku ini bukan sebagaimana yang ia dakwa, kamu boleh berbuat begini dan begitu untuk membuktikan ia salah atau benar".  Lihatlah, dalam 1400 tahun sehingga kini, tiada yang mampu berbuat demikian. Oleh itu, Quran adalah benar dan asli.
Ujian penipuan "falsification test"
Saya mencadangkan  sekiranya terdapat perselisihan dengan seseorang berkenaan Islam dan dia mendakwa bahawa dia berada di jalan kebenaran, dan engkau dalam kegelapan (kesesatan), engkau tinggalkan semua persoalannya tadi, saya cadangkan ini kepada kepada anda. Tanya kepadanya, "Adakah dalam agama kamu dianjurkan untuk dibuat 'falsificaton test'? Ada tak dalam agama kamu. Saya dapat mengagak bahawa tiada agama yang berbuat demikian. Tiada ujian, tiada bukti perlu dikemukakan. TiadaKerana Quran bukan sahaja mendatangkan idea/pandangan yang dipercayainya, tetapi juga ia menawarkan peluang untuk membuktikan bahawa mereka (orang yang ingkar) itu salah. Walaupun begitu, islam membenarkannya dilakukan.
Ia adalah contoh yang amat baik, iaitu bagaimana islam memberikan orang-ramai peluang untuk mengenalpasti keasliannya dan 'buktikan ia salah'. Dan sejujurnya, saya amat terperanjat bila saya menemui cabaran ini. Dinyatakan dalam quran (an-Nisa 4:82)
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
Bermaksud: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. 
Ia amat jelas cabaran kepada bukan muslim. Biasanya, ia menjemput seseorang untuk mencari kesalahan. Di sini kita letakkan keseriusan cabaran ini dan tahap kepayahannya ke tepi dahulu. Mari kita fikirkan tentang cabaran ini, ia sebenarnya bukan dari sifat semulajadi manusia, dan ia tidak selari dengan dengan ciri-ciri personaliti manusia. Manusia tidak akan berani untuk membuat cabaran seperti ini. 

Muhammad dan Quran 2

Benda terkecil

Banyak kurun sebelum Nabi dilantik menjadi rasul, di sana ada teori berkenaan atom yang didahului oleh Philosopher Greek, Democritus.


Dia dan orang-orang yang datang selepasnya, menganggap matter (substance) terdiri daripada partikel yang kecil, tidak boleh dihapuskan, tidak boleh dibelah, yang dipanggil atom.
Orang arab juga menggunakan konsep yang sama; nyatanya perkataan arab ‘zarrah’ biasanya digunakan untuk partikel yang terkecil yang diketahui manusia. Sekarang, sains moden telah menemui bahawa unit terkecil bagi matter (dengan kata lain, atom, yang semuanya mempunyai elemen yang sama) dapat dibelah. Ini adalah idea terbaru, perkembangan berbanding kurun lalu; cukup menarik maklumat ini telah pun didokumen dalam Quran surah Yunus (10:61) 



لَا يَعۡزُبُ عَنۡهُ مِثۡقَالُ ذَرَّةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَلَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَآ أَصۡغَرُ مِن ذَٲلِكَ

Bermaksud: “Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu…”
 terjemahan bahasa inggeris “….is not hidden the least little atom in the Heavens or on earth: nor is there anything less than, that…”
Tidak diragui lagi, 1400 tahun yang lalu, penyataan ini mungkin kelihatan janggal, walau kepada orang arab. Bagi orang arab, benda yang terkecil dipanggil zarrah dan pada zaman itu benda terkecil pada pandangan mereka adalah debu.
Dan pada zaman ini pula banyak penemuan telah memberitahu bahawa benda terkecil (zarrah) adalah atom.
Sememangnya ini membuktikan quran tidak ketinggalan zaman.
Madu 
Satu contoh lagi yang mungkin seseorang sangka dari ‘buku usang’ yang menyentuh subjek kesihatan atau perubatan pastinya mempunyai suatu ubat atau penawar yang ketinggalan zaman. Nabi saw memberikan nasihat berkenaan kesihatan dan kebersihan, yang boleh dijumpai dalam sunnah nabi saw, dan sehingga hari ini nasihatnya tidak dapat disangkal, dan terbukti dalam bidang perubatan.
Quran adalah wahyu, begitu juga sunnah nabi saw. Quran menyinar cahaya pada beberapa ubat-ubatan, begitu juga sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم; tidak seperti jurnal perubatan hari ini, tiada maklumat yang ketinggalan zaman dalam quran dan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم. Secara terperincinya, quran menyebut satu item yang boleh digunakan untuk rawatan, yang mana tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Iaitu pada madu ada penyembuhan. Dan pastinya, saya tidak fikir sesiapapun yang akan mempersoalkan perkara ini.
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
 Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl 16:69)


Muhammad dan Quran 1

Pendahuluan:

Satu perkara yang menjadi kejutan kepada bukan muslim, yang memeriksa buku ini secara teliti, ialah ia bukan sebuah kitab seperti yang disangkakan. Apa yang mereka sangkakan pastinya ia adalah kitab lama yang datang dari padang pasir gurun sahara; dan mereka menjangkakan buku ini sepatutnya kelihatan seperti itu- sebuah buku usang dari padang pasir-.
Mereka mendapati ia tidak menggambarkan apa yang mereka jangkakan sama sekali. Tambahan pula, satu perkara yang menjadi telahan orang, ialah disebabkan ia sebuah buku lama yang datang dari padang pasir, ia sepatutnya bercakap tentang padang pasir. Ya, quran memang ada bercakap tentang padang pasir- beberapa ayat ada menyebut ciri-ciri padang pasir; tetapi ia juga bercakap tentang laut- apakah keadaan ketika berada dalam ribut di lautan.
Merchant marine
Beberapa tahun lalu, ada satu cerita di kalangan dipetik di Toronto berkenaan seorang lelaki yang berkecimpung dalam bidang bisnes perkapalan dan hidupnya hanya di lautan. Dia mempunyai seorang rakan muslim. Rakannya itu memberikan kepadanya terjemahan quran untuk dia baca. 

Dia sebenarnya tidak tahu apa-apa berkenaan sejarah Islam, tetapi dia merasa berminat untuk membaca quran. Selepas dia selesai membacanya, di membawa quran terjemahan tadi kepada rakannya yang muslim tadi dan bertanya, “ Muhammad ini, adakah dia pernah menjadi pelayar?” dia amat kagum dengan ketepatan maklumat yang quran gambarkan berkenaan ribut di lautan. Apabila dia diberitahu, “Tidak, Muhammad sebenarnya seorang yang tinggal di padang pasir,” ini cukup baginya. Dia memeluk Islam ketika itu juga.

Dia amat kagum dengan gambaran quran, kerana dia pernah menghadapi ribut di lautan, dan dia tahu bahawa siapa sahaja yang menulisnya, pastinya pernah berada di ribut di lautan. Gambaran ribut



مَوۡجٌ۬ مِّن فَوۡقِهِۦ مَوۡجٌ۬ مِّن فَوۡقِهِۦ سَحَابٌ۬‌ۚ ظُلُمَـٰتُۢ بَعۡضُہَا فَوۡقَ بَعۡضٍ

Bermaksud: ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis (an-Nuur 24:40)