Entah macam mana isteri tiba-tba nak makan Pizza Hut. Erm…ok jugak. Lama dah tak makan kat situ. “Tapi lepas solat isyak lah” kata saya.
Dalam jam 9.00 malam kami tiba di Pizza Hut. Di atas, gambar dua anak yang memeriahkan suasana di Pizza Hut. Menjerit, melompat-lompat dan macam-macam lagi. Hehe… dah budak-budak. Nak dilarang nanti melalak pulak, lagi lah bising. :)
Gambar sos Life. Kalau ada sos Life ‘Thai’ lebih menarik rasanya. Di Labuan ni tak de.
Orang yang sedang makan di sini, agak ramai ketika ini. Kebanyakannya makanan telah pun sampai, kami jer yang baru masuk untuk “dine in”.
Gambar Pizza yang akan diorder. Lama juga fikir nak makan apa. Pizza yang sebenar tak sempat di ambil gambarnya. Jurugambar lapo.. huhu.
“Adik nak makan apa?”. Orang nak tengok buku menu, dia pun nak jugak. Hehe.
Si Jannah yang comel. Suka berposing. Bertukar tempat. Sekejap sana, sekejap sini. Hehe.
Kalau ikut nafsu, semua nampak sedap dan semua nak diorder. Tapi kena ukur perut jugak. Saiz 29”, jadi cukuplah sedikit. Apa ntah kami order. Ermmm… Pizza yang terbaru tu regular set, ayam goreng, cream soup dengan roti garlic, spageti, ais krim dan strawberi delight.
Si Jannah sedang memegang sesuatu ditangannya. Cuba teka!. Apa tu? Hehe. :). Masa ni makanan kami dah sampai, dan dah hampir habis pun.
Jeng, jeng, jeng… dah habis pun makanan kecuali sedikit.
Ketulan terakhir yang di tapau untuk di makan di rumah.
Komen? Ermm… biasa-biasa jer…memang rasa pizza. Dan kalau kat rumah nak buat memang tak jadi macam sebijik yang ni. Disebabkan nasi ialah makanan ruji kita, pizza ni tak dapat nak makan banyak. Cepat muak.
Gambar ni cantik sikit. Kepingan yang sama pun. Sudut yang berbeza. Macam kehidupan kena lihat dari pelbagai sudut baru dapat lihat keindahan kehidupan ini.
Dah sudah makan, basuh mulut dan tangan.
On the way home.