Di sini, beberapa fakta asas berkenaan Negara Israel:
· Sila lihat juga : Demografi Israel, Ashkenazi Jews, Mizrahi Jews, Sephardi Jews dan Jabatan Etnik Yahudi.
· Menurut Jabatan Statistik Israel, pada tahun 2009, dari kalangan rakyat Israel, tujuh juta, iaitu 75.4 % adalah terdiri daripada Yahudi dari pelbagai latarbelakang. Di kalangan mereka, 68 % adalah Sabras (kelahiran Israel), kebanyakan mereka adalah generasi kedua atau ketiga dan selebihnya adalah Olim (penghijrah ke Israel)- 22 % dari Eropah, dan Amerika, dan 10% dari Asia dan Afrika, termasuk Negara arab.
· Hampir setengah dari bilangan rakyat Israel adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Eropah, manakala sejumlah yang sama adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Negara Arab, Iran, Turkey dan Asia Tengah. Lebih dua ratus ribu merupakan dari kalangan Yahudi Ethiopian dan Indian, atau keturunan mereka.
· Ketika
Pengumuman Negara Israel,
majority Yahudi di dalam Negara dan kawasan itu adalah Ashkenazi.
· Berikutan
pengumuman itu, kebanjiran penghijrah Yahudi dan pelarian, memasuki Israel –
kedua-duanya dari Eropah dan Amerika, dan juga dari dunia arab dan dunia islam. Kebanyakan penghijrah Yahudi pada tahun 1950an dan
1960an adalah Yahudi yang terselamat dari Holocaust, begitu juga
Yahudi Sephadic dan Mizrahi (kebanyakannya yahudi dari Maghribi, Yaman,
Bukhara, Persia, Iraq, Kurdish dan komuniti-komuniti kecil khususnya dariLibya,
Mesir, India dan Turkey).
- Dalam dekad yang terkini, komuniti Yahudi yang lain juga telah berhijrah ke Israel termasuklah Yahudi Ethiopian, Russia, dan Bnei Menashe.
Perincian Yahudi Ashkenazi
Yahudi Ashkenazi, warga asal Israel boleh diterang
dengan jelas asal usul mereka, seperti berikut:
a) USSR
b) Poland
c) Ukraine
d) Romania
e) Amerika Utara dan Selatan
f) German/Austria
g) Amerika Latin
h) Hungary
i) Czechoslovakia
j) Afrika Selatan
Latarbelakang kenegaraan asal bagi penduduk Israel
terkini:
a) Maghribi
b) Iraq
c) Yaman
d) Iran
e) Algeria/Tunisia
f) Azerbaijan / Armenia/ Georgia/ Rusia Selatan
g) Bulgaria/ Greec
h) Turkey
i) Libya
j) Mesir
k) Asia Tengah
l) Syiria
m) Lubnan
n) India/ Pakistan
o) Amerika Latin
Asal usul dan tempat kelahiran
Populasi
pada 2009 adalah seperti berikut:
Asal
|
Populasi
|
Peratus
|
Israel
|
2,089,200
|
37.5%
|
Eropah-Amerika
|
1,939,900
|
34.8%
|
Africa
|
860,800
|
15.5%
|
Asia
|
679,300
|
12.2%
|
Jumlah
|
5,569,200
|
100%
|
Law of Return (Undang-undang Kepulangan)
i.
Undang-undang
ini merupakan perlembagaan Negara Israel yang memberikan kepada semua Yahudi
dan sesiapa yang mempunyai pertalian darah, kebenaran untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Israel
dan untuk menetap di Israel.
ii.
Ia telah
dijadikan sebagai undang-undang oleh Knesset, Parlimen Israel, pada 5 Julai 1950, dan berhubungkait
dengan akta Law of Citizenship (Undang-undang Kewarganegaraan) pada tahun 1952.
Kedua-dua undang-undang ini mengandungi penyataan berkaitan agama, sejarah dan
kenegaraan, begitu juga demokrasi, yang digabungkan secara khusus untuk Negara
Israel.
iii.
Dengan
kedua-duanya ini, mereka memberikan layanan yang istimewa kepada orang-orang
Yahudi untuk pulang ke tanah nenek moyang mereka.
iv.
Undang-undang
ini mengisytiharkan bahawa Israel membentuk sebuah tempat tinggal bukan hanya
untuk mereka yang tinggal di Negara itu, tetapi juga untuk semua ahli keluarga
Yahudi di mana sahaja mereka tinggal, sama ada mereka tinggal dalam keadaan
kemiskinan dan bimbang ketidak-adilan, atau mereka kaya dan aman tenteram.
Kediaman disediakan untuk mereka.
v.
Undang
–undang ini menisytiharkan bahawa kepada orang-orang Yahudi dan kepada
dunia bahawa Negara Israel
mengalu-alukan kedatangan Orang-orang Yahudi di dunia untuk kembali ke tanahair
asal mereka. (Sumber)
Akan tetapi, Allah Maha Kuasa telah menyebut ayat
berikut berkenaan Israel, sejak 1400 tahun yang lalu:
وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَائِيلَ اسْكُنُوا الْأَرْضَ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآَخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا (104)
bermaksud: 104. dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu Dengan bercampur-aduk. (Isra 17:104)
bermaksud: 104. dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu Dengan bercampur-aduk. (Isra 17:104)
Terjemahan lain:
Pickthall:
[017:104] And We said unto the Children of Israel after him: Dwell
in the land; but when the promise of the Hereafter cometh to pass We shall bring you as a crowd
gathered out of
various nations.
Keterangan dari ayat
Perkataan arab لفيفا
bermaksud, seperti yang diterangkan dalam terjemahan di atas, untuk membawa
secara bersama, satu kesatuan dari pelbagai tempat atau Negara.
Ini sememangnya, satu cara Negara Israel terbentuk
selepas 1948 ketika Israel di isytiharkan sebagai Negara berdaulat, sehingga
hari ini. Orang-orang Israel (yahudi) memang datang dari serata dunia dan
Negara Israel sememangnya terbentuk dari pelbagai etnik dan kewarganegaraan.
bersambung di bahagian 3: Berlawan dari belakang dinding
Anda mungkin berminat membaca:
Bahagian 3
Diambil dari sumber