Pasar ni baru di buka tak sampai sebulan rasanya. Ini kali pertama saya ke sini. Temankan isteri beli sayur. Tempat parkir kereta banyak, tapi terdapat yang ditenggelami air. Harap pihak yang berwajib dapat memperbaiki keadaan ini untuk keselesaan pelanggan.
Saya parkir kereta berdekatan pasar basah. Kawasan depan sana parkir penuh.
Gerai kalau tak silap saya, lebih dari dua ratus gerai. Sebahagian pasar basah, sebahagian pasar kering.
Pemandangan dari luar. Kawasan yang luas. Sesuailah kalau dinamakan Pasar Besar.
Untuk ke tingkat atas ada tiga laluan, kalau tidak silap saya. Kiri dan Kanan jalan sebegini, ditengah-tengah terdapat tangga.
Peniaga ikan
Laluan ke atas. Ok lah jenis jalan macam ni. Kalau naik tangga lenguh juga kaki.
Gerai ikan, banyak. Cuma yang menjadi tanda tanya dalam minda saya ni, kenapa macam kecil jer. Kan elok kalau ruangan meletak ikan itu lebih besar. Mudah untuk peniaga meletakkan jualan yang lebih pelbagai.
Tingkat atas. Bermula dari pintu kaca ini, kawasan di dalamnya adalah berhawa dingin. Erm…seronok juga kalau macam ni. Kalau Ujana Kewangan. Rasanya banyak lagi ruang kedai yang belum beroperasi. Mana tau ada yang sewa. Ok juga bha itu.
Satu daripada kedai-kedai yang ada. Kedai peralatan menjahit.
Pemandangan dari tingkat atas.
Masa saya tiba tadi, parkir memang penuh. “Adakah kereta peniaga atau pelanggan?” kata saya dalam hati.
Bermain-main dengan adiknya di depan kedai apa entah. Hehe
Orang berkumpul depan tu, sambil menadah tangan. Rasanya ada tuan kedai buat doa selamat agaknya. Pembukaan kedai barunya.
Tangga di kawasan tengah. Kalau keluar melalui tangga ini, anda akan keluar ditengah-tengah bangunan pasar ni.
Pemandangan dari tingkat paling atas. Di tingkat ini, ada kedai-kedai makan. Saya tak singgah pun, hanya menjengok dari jauh.
Ke sebelah kiri, ada kawasan jualan buah-buahan dan sayur. Ada juga ikan bilis, ikan masin dan lain-lain.
Abang dan adik.
Lepas jalan-jalan lebih kurang 20 minit. Ayah, Ibu nak singgit. Dahagalah.
Air minuman fevretnya.
Jeng-jeng-jeng… milo ais.
Dah habis pusing tempat barang kering. Jalan semula di tempat ikan. Ikan apa ntah yang warna warni tu.
Ruangan luas, kurang di maksimakan penggunaannya.
Udang kara, besari saiznya. Hanya ambil gambar, tak tanya harga. Rasanya lebih sekilo seekor tu.
Habis sudah lawatan ke Pasar Labuan. Lepas ni nak balik rumah. Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan