Saya biasanya membeli online melalui web lelong.my tapi kali
ni nak mencuba pulak beli dari lain syarikat.
Bagaimana boleh timbul keyakinan membeli?
1.
Keraguan memang tak dapat
dinafikan memang ada. Biasanya, kalau satu benda tu kita belum kenal maka tentunya
sukar untuk terus berurusan. Bak kata orang putih “Trust must be earned”. Selama
ini memang saya tak pernah jenguk laman web Zalora ni, kalau ada pun saya
selalu buka Lazada, tapi tak pernah beli apa-apa pun.
2.
Kemudian ada rakan di ofis
yang beritahu pernah beli melalui Lazada. Dia ceritakan bagaimana proses beli
dari awal hingga habis, baru lah saya faham tentang cara pembelian di Lazada. Barang
yang dibelinya juga dah sampai. Kurang dua hari katanya sampai ke sini Labuan.
3.
Jadi keyakinan dalam hati
saya pun bertambah. Dari pembacaan di internet, ia menunjukkan Lazada dan
Zalora adalah bernaung di bawah syarikat yang sama. Ini membuatkan saya terus
membuat pembelian di Zalora.
Bagaimana proses pembelian?
1.
Pilih barangan yang
diingini. Kasut contohnya. Kemudian pilih saiz.
2.
Tekan butang “ADD TO BAG”. Sekiranya
masih ingin membeli tekan butang “CONTINUE SHOPPING”. Sekiranya telah selesai
memilih maka tekan butang “GO TO CHECKOUT”.
3.
Kalau ada kupon, sila
masukkan. Saya ada kupon 10%, jadi apa-apa harga yang dipaparkan akan dikurang
lagi 10%. Kalau di web tertulis diskaun 26% maka barang tersebut akan jadi 36%
lah kiranya. Haha.
4.
Selepas itu, daftar masuk. Paparan
yang akan dilihat adalah seperti ini (contoh).
Saya membayar menggunakan kad
hutang (Credit Card), saya rasa lebih mudah guna ini. Dan lagi satu sebabnya, ada tambahan lagi
diskaun sebanyak 5% jika guna kad kredit. Itu yang membuatkan ia lebih menarik.
Jadi saya masukkan butiran yang diperlukan.
5.
Untuk makluman, ketika ini
pembelian masih belum muktamad lagi. Selesai sahaja menekan butang ”PLACE ORDER”
maka urusan pembelian telah pun selesai. Anda akan dimaklumkan melalui emel
sekiranya penghantaran telah dibuat.
Berapa lama penghantaran?
1.
Untuk makluman, saya berada
di Labuan sekarang ini. Jadi penghantaran di alamatkan ke Labuan.
2.
Di bawah ini adalah gambar
pembelian sebenar. Dibeli pada 7 Oktober 2013 jam 9.13 pm. Ia tiba ditangan
saya pada 9 Oktober 2013.
3.
Jadi berapa hari kalau
dikira? Kurang 48 jam. Saya rasa memang laju urusan penghantaran ini. Dan saya
merasakan tiada halangan untuk saya membuat pembelian lain pada masa akan
datang.
Berapa kos penghantaran?
1.
Ini adalah soalan pertama saya
kepada kawan saya tempohari. Percuma? Macam tak percaya. Tapi itulah
kenyataannya. Tahniah bagi Zalora kerana perkhidmatan yang cemerlang ini.
2. Di bawah ini kotak berisi barangan yang dipesan.
Komen berkenaan barang yang dipesan.
1.
Kasut yang dibeli sama
seperti di laman web. Baju (untuk isteri saya) cantik, kain sedap dipakai.
2.
Komen? Alhamdulillah.
Itu lah kisah membeli di lazada. masa yang diambil untuk
siap lebih dua jam. Hmmm sebab tu lah saya jarang update blog ni. Masa untuk
update tak berapa ada. Ada kerja yang perlu lebih diutamakan berbanding blog. Tapi
apa-apa pun, Insha Allah saya akan curi masa update blog ni. Hehe.