Berapakah jenis takbir hari raya Aidil Adha?
Takbir Hari Raya Aidul Adha ada dua jenis:
i. Takbir Mutlak bermula dari awal zulhijjah hingga hari raya. Boleh bertakbir di jalan, di pasar, di mina, dan sambil bertemu dengan yang lain dalam keadaan bertakbir.
ii. Takbir muqayyad iaitu yang terikat dengan selepas solat fardu. Khususnya apabila solat itu dilakukan secara berjamaah sebagaimana yang disyaratkan oleh kebanyakan ulama.
Dan takbir itu tidak terhad disuatu tempat, bahkan ia boleh di tempat solat hari raya, dalam perjalanan ke masjid, ketika duduk menunggu solat sebaiknya seseorang itu bertakbir dan jangan duduk senyap sahaja, sama ada pada hari raya Aidul Fitri atau Aidul Adha. Kerana hari ini (hari raya) adalah hari yang sepatutnya kita membesarkan syiar islam iaitu dengan bertakbir.
Bilakah bermulanya takbir hari raya Aidil Adha?
Takbir Hari Raya Aidil Adha bermula dari fajar
hari arafah dan terhenti waktu asar pada hari keempat. Dan takbir yang ma’thur
ialah
"الله
أكبر . الله أكبر . لا إله إلا الله. .. والله أكبر . ولله الحمد "
Dan ada
lafaz yang berbeza sebagaimana disebut oleh Salman RA
" الله
أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرًا "،
Lafaz takbir tidak yang ma'thur
1. Berkenaan berselawat ke
atas Nabi selepas takbir (perkara ini di Malaysia tidak diamalkan secara meluas,
namun ditulis disini sebagai Pengetahuan) dan apa yang berkaitan dengannya dari
zikir-zikir, ia tidak disebutkan dalam hadis Nabi SAW seperti lafaz:
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا
محمد وعلى أنصار سيدنا محمد و أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليما
كثيرا ..
Di atas adalah sebahagian lafaz
takbir di Negara arab seperti di mesir . Lafaz ini tidak diamalkan di Negara kita.
Selawat ke atas Nabi adalah perkara yang telah disyariatkan
tidak mengira waktu untuk diamalkan. Perbuatan mengkaitkan dan menetapkan lafaz
sebegini pada waktu ini (pada lafaz takbir) adalah tidak pernah disebut oleh
Nabi SAW dan tidak dari para sahabatnya.
2. Begitu juga dengan lafaz
yang kita biasa dengar berkaitan dengan takbir raya iaitu:
" لا إله إلا الله
وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وهزم الأحزاب وحده ...
Kemudian berkenaan
takbir muqayyad selepas setiap solat, ia bermula dari solat fajar hari arafah
(subuh hari raya), dan berterusan sehingga dua puluh tiga solat fardu iaitu
hingga hari keempat raya. Di mana takbir terhenti selepas solat asar pada hari
itu (takbir yang terakhir ialah takbir selepas solat asar). Wallahu a’lam.
Jadi, apakah Lafaz takbir sebetulnya?
Para ulama
berselisih faham kepada beberapa pendapat:
Pertama: الله
أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد
Kedua: " الله أكبر .. الله
أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. الله أكبر ..
ولله الحمد "
Ketiga: " الله أكبر .. الله
أكبر .. الله أكبر .. لا إله إلا الله ، الله أكبر .. الله أكبر .. ولله الحمد
Dalam lafaz takbir ini, ia adalah luas kerana ketiadaan nas
dari Nabi SAW yang menunjukkan lafaz perlu ditetapkan begitu atau begini.
Dipetik dan diterjemah dengan beberapa perubahan dari sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan