Bilakah Hari Arafah?
Ia adalah hari ke Sembilan dari bulan Zulhijjah setiap tahun Islam. Ulama telah berijmak bahawa puasa Hari Arafah adalah seafdal-afdal hari untuk berpuasa.
Apakah kelebihan
puasa pada hari Arafah?
Dan kelebihannya telah disebutkan dalam hadis:
Dan kelebihannya telah disebutkan dalam hadis:
جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :" صيام يوم عرفه أحتسب
على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده " [ رواه مسلم ] .
Bermaksud: telah
datang dari Nabi SAW katanya: (berkenaan) Puasa hari Arafah, aku memohon dari
Allah, agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya. HR Muslim.
Hukum
puasa Hari Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.
Ia adalah puasa yang digalakkan (Mustahab) untuk melakukannya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis yang menjanjikan penghapusan dosa bagi yang berpuasa.
Puasa
hari arafah bagi orang yang mengerjakan haji?
Dari Abu Hurairah RA
katanya:
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال :"
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم عرفة بعرفة " [ رواه أحمد وابن
ماجة وفي صحته نظر ]
Rasulullah melarang
puasa hari Arafah di Arafah. HR Ahmad dan Ibnu Majah. (Hadis ini ada pertikaian
dalam kesahihannya).
Juga ada hadis yang
berkaitan disebutkan oleh at-Tabrani dalam kitabnya Ausat, hadis Aisyah RAH
katanya:
قال : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صوم يوم عرفة
بعرفات
Bermaksud:
RAsulullah melarang puasa hari Arafah di Arafat.
Namun, hadis di atas diperkuat
dengan hadis di bawah:
أن الناس شكوا في صومه صلى الله عليه وسلم
يوم عرفة ، فأرسل إليه بقدح من لبن فشربه ضحى يوم عرفة والناس ينظرون " [
رواه البخاري ومسلم ]
Bermaksud:
Bahawasanya manusia telah berasa syak sama ada Nabi berpuasa pada hari Arafah,
kemudian dibawakan kepadanya satu bekas susu lalu Nabi SAW minum pada Dhuha
hari Arafah. HR Bukhari dan Muslim.
Penerangan
Hadis
Ketika orang ramai
merasa syak berkenaan sama ada Nabi berpuasa atau tidak pada hari Arafah,
dibawakan satu bekas susu lalu Nabi SAW minum supaya orang ramai pada ketika
itu mengetahui bahawa Nabi SAW tidak berpuasa pada hari itu.
Pendapat ulama
berkenaan puasa Arafah. (sedang buat haji)
1. Berpendapat sebahagian ulama bahawa puasa hari Arafah adalah haram kerana larangan dalam hadis yang terdahulu dan larangan itu membawa kepada pengharaman.
2. Sebahagian yang lain menyatakan ia makruh.Berkata Ibnu Qayyin Rahimahullah: dan berdasarkan dari petunjuk Nabi SAW, baginda tidak berpuasa pada hari Arafah.
Kesimpulan: Marilah kita sama-sama berpuasa pada hari Arafah yang akan tiba tidak lama lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan