Tanya orang yang berpengetahuan
Satu lagi point yang menarik, quran berulang-ulang
memberikan saranan kepada pembaca; Quran memaklumkan pembaca tentang beberapa
fakta saintifik, lalu menyarankan, “Kalau kamu mahu tahu lebih tentang ini atau
itu, atau kalau engkau ragu-ragu tentang apa yang disebut, maka engkau perlu
bertanya kepada orang yang berpengetahuan.”
Ini juga satu pendirian yang mengejutkan. Bukan menjadi kebiasaan
untuk memiliki buku hasil dari seseorang
tanpa latihan geografi, botani, biology dan lain-lain, yang membincangkan
tajuk-tajuk ini dan menasihatkan pembaca untuk bertanya orang yang
berpengetahuan kalau dia meragui sesuatu dalam bukunya.
Hingga kini pada setiap masa, ada kalangan muslim yang mengikuti
saranan quran dan membuat penemuan yang mengagumkan. Sekiranya seseorang
melihat kepada hasil kerja saintis muslim pada kurun yang lalu, seseorang akan
mendapati hasil kerja mereka ini penuh dengan petikan ayat dari Quran. Hasil
penyelidikan mereka ini, mereka menyebut tempat mereka menjalankan ujikaji
untuk mencari sesuatu. Semua menyebut bahawa mereka membuat
penyelidikan di sesuatu tempat, mencari sesuatu. Dan mereka yakin dengan
pencarian mereka ini kerana Quran telah menyuruh mereka berbuat demikian.
Sebagai contoh, Quran menyebut tentang asal usul manusia,
dan ia memberitahu pembaca supaya “Selidikinya!”. Sebenarnya ia memberi pembaca
klu untuk melihat di mana, dan kemudian meminta pembaca mencari lebih lagi maklumat
berkenaan perkara itu. Ini adalah perkara yang muslim terlepas pandang, tidak sebagaimana
yang dilakarkan pada contoh berikut:
Embriologi
Universiti Toronto
Beberapa tahun dulu, sekumpulan lelaki di Riyadh, Arab
Saudi mengumpul semua ayat dalam quran yang membincangkan embriology-
pertumbuhan manusia dalam rahim. Satu daripadanya, Firman Allah: (al-Hajj 22:5)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬
مِّنَ ٱلۡبَعۡثِ فَإِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن تُرَابٍ۬ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٍ۬ ثُمَّ
مِنۡ عَلَقَةٍ۬ ثُمَّ مِن مُّضۡغَةٍ۬ مُّخَلَّقَةٍ۬ وَغَيۡرِ مُخَلَّقَةٍ۬
لِّنُبَيِّنَ لَكُمۡۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬
مُّسَمًّ۬ى ثُمَّ نُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلاً۬ ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّڪُمۡۖ
Bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya
kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada
hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana
sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air
benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara
yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan
Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang
Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami
mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai
ke peringkat umur dewasa
Mereka kata, "Ini lah yang dikatakan oleh Quran.
Adakah ia benar?" Mereka memilih seorang bukan muslim, pakar dalam bidang
embriologi di Universiti Toronto. Namanya Keith Moore, dia adalah pengarang
buku-buku berkaitan embriologi. Mereka menjemputnya ke Riyadh dan memberitahunya,
“Ini adalah yang quran katakan tentang embiologi. Adakah ia benar? Apa yang
dapat engkau beritahu kami tentangnya?”
Ketika Dr. Moore berada di Riyadh, mereka memberikan
segala pertolongan yang diperlukan berkenaan terjemahan dan semua kerjasama
yang dia mahukan. Dia amat terperanjat apa yang dijumpainya dalam Quran, lalu
dia membuat beberapa perubahan dalam buku karangannya. Fakta yang menarik,
dalam edisi kedua bukunya dipanggil -Before We Are Born- dalam seksyen
berkenaan embriologi, dia memasukkan beberapa perkara yang tiada pada edisi
pertama setelah apa yang ditemuinya dalam quran. Perkara yang disebutkan Quran adalah
melangkaui zaman, dan sesiapa yang mempercayai quran sebenarnya mengetahui apa
yang tidak diketahui oleh yang lain.
Reaksi
skeptik
Dr. Moore juga menulis buku berkenaan klinikal
embriologi, dan dia membentangkan maklumat ini di Toronto, lalu ia menyebabkan
sedikit kekacuaun di Kanada. Ia dicetak di muka depan suratkhabar di seluruh
kanada, dan beberapa tajuk utama yang agak melucukan. Sebagai contoh,
"SURPRISING THING FOUND IN ANCIENT PRAYER BOOK!" “Benda menakjubkan dalam buku ibadat lama” ia
nampak jelas dari contoh ini, bahawa orang ramai tidak memahami sepenuhnya,
apakah yang dimaksudkannya.
Satu perkara yang berlaku, seorang wartawan suratkhabar
bertanya Professor Moore, "Tidakkah engkau terfikir bahawa mungkin orang arab
telah tahu tentang perkara ini (ciri-ciri embrio, rupanya, bagaimana ia berubah
dan membesar)? Mungkin mereka bukan saintis, tapi mungkin mereka telah buat
analisa awal (crude dissections) sendiri, membedah manusia dan memeriksa benda
ini."
Professor cepat-cepat memaklumkan bahawa dia telah terlepas
satu perkara yang penting iaitu semua slide yang ditunjukkan berkenaan embrio
telah diambil melalui mikroskop. Katanya,"Ia tak jadi masalah, kerana
kalaupun seseorang telah mencuba untuk membuat penemuan embriology 1400 tahun
yang lalu. Mereka tidak akan mampu nampaknya.
Semua ciri-ciri dalam quran berkenaan rupa bentuk embrio,
adalah semua benda ini terlalu kecil untuk dilihat oleh mata, jadi oleh itu,
seseorang memerlukan mikroskop untuk melihatnya. Disebabkan, alat seperti itu
hanya boleh didapati kurang dari dua ratus tahun. Dr Moore memperli,
"Mungkin 1400 tahun lalu seseorang telah mempunyai miroskop secara rahsia,
dan membuat penyelidikan ini, juga tidak membuat sebarang kesilapan di
mana-mana. Kemudian dia entahbagaimana- mengajarkan kepada Muhammad, dan
meyakinkanya untuk memasukkan ke dalam bukunya. Kemudian dia menghancurkan
segala kelengkapan dan membiarkan ia sebagai rahsia selamanya. Kamu percayakah?
Kamu tak sepatutnya begitu, kerana ia memang teori yang mengarut, kecuali
engkau bawakan bukti."
kemudian bila dia ditanya, " Bagaimana engkau menjelaskan
maklumat ini dalam quran?" Dr Moore menjawab, "Ia tidak mungkin,
kecuali datang dari wahyu."
bersambung pada siri 5..