Ahad, 12 Januari 2014

Muhammada dan Quran 3

Nabi muhammad dan  Quran.
Ada yang mengatakan quran adalah hasil  oleh minda manusia. Terdapat beberapa karya yang menyebut bahawa ia adalah hasil imaginasi 'hallucination' Nabi صلى الله عليه وسلم . Kalau lah ia hasil dari ketidaksiuman 'mental' nabi saw , sebahagian kegilaannya pasti akan ada dalam quran. Namun, adakah wujud perkara sebegitu dalam quran? Jadi untuk mencari jawapan sama ada, di sana ada atau tidak, pertama seseorang perlu mengenalpasti apakah yang sedang berlaku pada fikiran Muhammad pada ketika itu dan mencari pemikirannya dan bertadabbur dengan quran.

Menjadi pengetahuan umum, bahawa Nabi saw menghadapi kesukaran dalam hidup. Semua anak perempuannya mati, kecuali seorang, dan dia mempunyai seorang isteri menyayanginya, yang bersamanya selama beberapa tahun, yang meninggal dunia pada waktu yang begitu kritikal dalam hidup Nabi Saw.
Setelah menerima wahyu pertamanya yang disampaikan melalui Jibril, dia lari kepada isterinya disebabkan rasa takut. 
Cuba perhatikan, quran tidak menyebut walau satu perkara duka yang berlaku ini-tiada hal kematian anak-anaknya, isteri, dan ketakutan semasa menerima wahyu yang dikongsi dengan isterinya- tiada semuanya. Sekiranya Quran adalah hasil rekaan dari kesan mental yang tidak stabil, pasti perkara-perkara sebegitu akan terpapar dalam Quran.
Pendekatan saintifik oleh quran.
Pendekatan saintifik adalah satu cara yang dibawa oleh quran yang tidak dibuat oleh kitab-kitab terdahulu secara khusus, dan agama lain secara am. Inilah perkara yang dimahukan oleh para saintis. Hari ini ramai manusia mempunyai idea dan teori tentang bagaimana alam universe ini berfungsi. Masyarakat hari ini juga, menginginkan ujian penipuan 'test of falsification' dilakukan terhadap mana-mana teori. Mereka katakan, "kalau  engkau ada teori, jangan ganggu kami kecuali engkau datangkan cara engkau boleh membuktikan sama ada engkau salah atau betul.
Ini jugalah yang menyebabkan manusia awal kurun 19, mereka mendengar pendapat Einstein. Dia datang dengan satu teori dan mengatakan, "Saya percaya alam semesta ini berfungsi dengan begini; dan di sini ada tiga cara untuk buktikan saya salah atau betul!" Jadi masyarakat saintifik ketika itu, mereka mengkaji teorinya dengan beberapa ujian dan dalam tempoh enam tahun, ia melepasi ujian ini. Sudah tentu, ini tidak membuktikan bahawa dia seorang hebat, tetapi ia membuktikan bahawa dia layak dan berhak untuk didengari kerana dia telah mengatakan, "Ini adalah idea saya; dan sekiranya kamu ingin membuktikan saya ini salah, silakan buat ini dan cuba itu".

Inilah yang quran lakukan ujian penipuan "falsification tests". Beberapa boleh didapati walaupun ia telah lama, yang telah dibuktikan benar dan sebahagian masih wujud hari ini. Biasanya ia menyebut, "Kalau buku ini bukan sebagaimana yang ia dakwa, kamu boleh berbuat begini dan begitu untuk membuktikan ia salah atau benar".  Lihatlah, dalam 1400 tahun sehingga kini, tiada yang mampu berbuat demikian. Oleh itu, Quran adalah benar dan asli.
Ujian penipuan "falsification test"
Saya mencadangkan  sekiranya terdapat perselisihan dengan seseorang berkenaan Islam dan dia mendakwa bahawa dia berada di jalan kebenaran, dan engkau dalam kegelapan (kesesatan), engkau tinggalkan semua persoalannya tadi, saya cadangkan ini kepada kepada anda. Tanya kepadanya, "Adakah dalam agama kamu dianjurkan untuk dibuat 'falsificaton test'? Ada tak dalam agama kamu. Saya dapat mengagak bahawa tiada agama yang berbuat demikian. Tiada ujian, tiada bukti perlu dikemukakan. TiadaKerana Quran bukan sahaja mendatangkan idea/pandangan yang dipercayainya, tetapi juga ia menawarkan peluang untuk membuktikan bahawa mereka (orang yang ingkar) itu salah. Walaupun begitu, islam membenarkannya dilakukan.
Ia adalah contoh yang amat baik, iaitu bagaimana islam memberikan orang-ramai peluang untuk mengenalpasti keasliannya dan 'buktikan ia salah'. Dan sejujurnya, saya amat terperanjat bila saya menemui cabaran ini. Dinyatakan dalam quran (an-Nisa 4:82)
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
Bermaksud: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. 
Ia amat jelas cabaran kepada bukan muslim. Biasanya, ia menjemput seseorang untuk mencari kesalahan. Di sini kita letakkan keseriusan cabaran ini dan tahap kepayahannya ke tepi dahulu. Mari kita fikirkan tentang cabaran ini, ia sebenarnya bukan dari sifat semulajadi manusia, dan ia tidak selari dengan dengan ciri-ciri personaliti manusia. Manusia tidak akan berani untuk membuat cabaran seperti ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan