Banyak kurun sebelum Nabi dilantik menjadi rasul, di sana
ada teori berkenaan atom yang didahului oleh Philosopher Greek, Democritus.
Dia
dan orang-orang yang datang selepasnya, menganggap matter (substance) terdiri
daripada partikel yang kecil, tidak boleh dihapuskan, tidak boleh dibelah, yang
dipanggil atom.
Orang arab juga menggunakan konsep yang sama; nyatanya
perkataan arab ‘zarrah’ biasanya digunakan untuk partikel yang terkecil yang
diketahui manusia. Sekarang, sains moden telah menemui bahawa unit terkecil
bagi matter (dengan kata lain, atom, yang semuanya mempunyai elemen yang sama) dapat
dibelah. Ini adalah idea terbaru, perkembangan berbanding kurun lalu; cukup
menarik maklumat ini telah pun didokumen dalam Quran surah Yunus (10:61)
لَا يَعۡزُبُ عَنۡهُ مِثۡقَالُ
ذَرَّةٍ۬ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَلَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَآ أَصۡغَرُ مِن ذَٲلِكَ
Bermaksud: “Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat
debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil dari itu…”
terjemahan bahasa inggeris “….is not hidden the least
little atom in the Heavens or on earth: nor is there anything less than, that…”
Tidak diragui lagi, 1400 tahun yang lalu, penyataan ini
mungkin kelihatan janggal, walau kepada orang arab. Bagi orang arab, benda yang terkecil dipanggil zarrah dan pada zaman itu benda terkecil pada pandangan mereka adalah debu.
Dan pada zaman ini pula banyak penemuan telah memberitahu bahawa benda terkecil (zarrah) adalah atom.
Sememangnya ini membuktikan quran tidak ketinggalan
zaman.
Madu
Satu contoh lagi yang mungkin seseorang sangka dari ‘buku
usang’ yang menyentuh subjek kesihatan atau perubatan pastinya mempunyai suatu ubat
atau penawar yang ketinggalan zaman. Nabi saw memberikan nasihat berkenaan
kesihatan dan kebersihan, yang boleh dijumpai dalam sunnah nabi saw, dan
sehingga hari ini nasihatnya tidak dapat disangkal, dan terbukti dalam bidang
perubatan.
Quran adalah wahyu, begitu juga sunnah nabi saw. Quran
menyinar cahaya pada beberapa ubat-ubatan, begitu juga sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم;
tidak seperti jurnal perubatan hari ini, tiada maklumat yang ketinggalan zaman
dalam quran dan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم. Secara
terperincinya, quran menyebut satu item yang boleh digunakan untuk rawatan,
yang mana tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Iaitu pada
madu ada penyembuhan. Dan pastinya, saya tidak fikir sesiapapun yang akan
mempersoalkan perkara ini.
ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ
فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬
مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ
لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl 16:69)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan