Al-quran yang mulia, dan Islam
sesungguhnya dipenuhi dengan penyataan dan pandangan berkenaan sains.
Penyataan-penyataan dari Allah Maha Kuasa menggambarkan bagaimana Dia mencipta
sesuatu di Bumi dan di Alam Semesta.
Apa yang menakjubkan ialah kesemua penyataan
sains dan pandangan ini telah dibuktikan sangat bertepatan dengan sains dan
penemuan-penemuan sains yang terkini. Allah Maha Kuasa telah menjadikan al-Quran sebagai wahyu
terakhir, keajaiban dan bukti kerasulan Nabi Muhammad صلى
الله عليه وسلم. Kitab suci ini
sememangnya teguh berdiri menghadapi ujian sepanjang tempoh sejak 1500 tahun
yang lalu dengan dakwaan-dakwaannya, ramalan dan keajaiban penggunaan bahasa yang indah maknanya, dan ia berkali-kali menunjukkan kepada kita pada zaman ini dengan bukti-bukti
yang melampaui jangkaan, bertepatan dengan sains dan penemuan yang mana tidak
pernah diketahui oleh manusia pada 1500 tahun yang lalu.
Firman Allah:
{ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (53) }
Bermaksud: 53. Kami
akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat
(dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga
ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah
ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa
Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat 41:53)
Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera, di Israel.
Di sini beberapa fakta asas berkenaan ketenteraan di
Israel:
· Israel
adalah Negara unik di mana ketenteraan adalah wajib untuk lelaki dan perempuan.
Ia adalah satu-satunya Negara di dunia yang mengekalkan paksaan ketenteraan
kepada wanita. Ini berterusan dari tradisi yang mana wanita menjadi pejuang pada
perang kemerdekaan Israel. Yang lelaki berkhdmat untuk tiga tahun dan perempuan
berkhidmat kurang dari dua tahun. Israel juga mempunyai peratus tertinggi
latihan ketenteraan di dunia- 80% daripada penduduknya menerima panggilan
berkhidmat ketenteraan.
· Pengecualian:
Mereka yang dikecualikan daripada berkhidmat adalah golongan minoriti yang
tidak berkemampuan dari segi fizikal dan psikologi, perempuan berkahwin,
perempuan yang mempunyai anak, pendeta agama (lelaki) yang belajar di Institusi
Jewish Law yang diiktiraf dan perempuan yang memilih untuk melakukan khidmat
masyarakat.
· Populasi
yang kecil rakyat Israel, bermaksud Negara ini tidak mungkin boleh mempunyai kekuatan
ketenteraan yang besar berbanding isu keselamatan dan risiko pengganas yang ia
hadapi. Untuk sebab itu, askar yang telah habis tempoh latihan (setelah dua
atau tiga tahun) ia masih perlu berkhidmat sebagai simpanan sehingga berumur awal
50an, yang mana mereka perlu menyumbang lebih dari sebulan dari waktunya pada
setiap tahun, ia termasuk latihan dan perkhidmatan secara aktif. Askar simpanan
ini membentuk tulang belakang bagi mengumpulkan tenaga manusia untuk
menjalankan tugas-tugas ketenteraan yang diperlukan. Bukan perkara pelik di
Israel jika dua generasi dalam sesebuah keluarga berkhidmat secara serentak
dalam tentera- bagi anak ia adalah khidmat wajib dan bagi bapa khidmat secara
simpanan.