Tentunya pernah...kan kan kan??
Gambar Hiasan Sahaja
Di bawah ini ada satu kisah yang biasa disebut-sebut dan diceritakan oleh ustaz-ustaz termasuk saya sendiri. Kemudian saya terfikir sendirian berkenaan perawi "hadis" ini dan tarafnya. Setahu saya yang ilmu tak seberapa ini bahawa cerita di bawah adalah bukan hadis dan tiada asal usulnya dalam agama.Mungkin sahabat-sahabat, para pembaca budiman dapat mengkhabarkan kepada saya berkenaan darjat "hadis" ini. Kisah di bawah amat menarik (sekiranya sahih) untuk diceritakan bagi mengambil pengajaran dari kisah ini. Namun sekiranya tiada sumber sahih maka tidak patut untuk saya menyebutnya lagi.
Mungkin anda pernah mendengar kisah di bawah:
Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi buta lagi miskin, dan dia sentiasa mengingatkan setiap orang yang lalu dekat dengannya dan berkata kepada mereka "Sesungguhnya Muhammad adalah seorang pendusta, penyihir". Dia juga mencemuhnya dan mengejinya.
Walaupun begitu, Nabi SAW pergi kepadanya setiap pagi dan memberi makan kepada pemuda itu yang terlalu miskin tanpa Baginda berkata apa-apa walau sepatah perkataan dan tanpa memberitahu siapakah Baginda.
Berterusanlah begitu, Nabi SAW memberi makan kepadanya setiap hari sehinggalah datang saat kewafatan Baginda SAW, kemudian terputuslah bekalan makanan paginya.