Berapakah jenis takbir hari raya Aidil Adha?
Sabtu, 12 Oktober 2013
Bilakah bermulanya takbir raya dan apa lafaznya?
Berapakah jenis takbir hari raya Aidil Adha?
Selasa, 18 Disember 2012
Israel zaman kini di dalam al-Quran? Negara Israel terbentuk daripada pelbagai etnik dan kewarganegaraan.
Di sini, beberapa fakta asas berkenaan Negara Israel:
· Sila lihat juga : Demografi Israel, Ashkenazi Jews, Mizrahi Jews, Sephardi Jews dan Jabatan Etnik Yahudi.
· Menurut Jabatan Statistik Israel, pada tahun 2009, dari kalangan rakyat Israel, tujuh juta, iaitu 75.4 % adalah terdiri daripada Yahudi dari pelbagai latarbelakang. Di kalangan mereka, 68 % adalah Sabras (kelahiran Israel), kebanyakan mereka adalah generasi kedua atau ketiga dan selebihnya adalah Olim (penghijrah ke Israel)- 22 % dari Eropah, dan Amerika, dan 10% dari Asia dan Afrika, termasuk Negara arab.
· Hampir setengah dari bilangan rakyat Israel adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Eropah, manakala sejumlah yang sama adalah keturunan Yahudi yang berhijrah dari Negara Arab, Iran, Turkey dan Asia Tengah. Lebih dua ratus ribu merupakan dari kalangan Yahudi Ethiopian dan Indian, atau keturunan mereka.
- Dalam dekad yang terkini, komuniti Yahudi yang lain juga telah berhijrah ke Israel termasuklah Yahudi Ethiopian, Russia, dan Bnei Menashe.
Asal
|
Populasi
|
Peratus
|
Israel
|
2,089,200
|
37.5%
|
Eropah-Amerika
|
1,939,900
|
34.8%
|
Africa
|
860,800
|
15.5%
|
Asia
|
679,300
|
12.2%
|
Jumlah
|
5,569,200
|
100%
|
Law of Return (Undang-undang Kepulangan)
bermaksud: 104. dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu Dengan bercampur-aduk. (Isra 17:104)
Jumaat, 14 Disember 2012
Israel zaman kini di dalam Al-Quran?: Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera di Israel. Bahagian 1
Setiap dewasa lelaki atau perempuan adalah tentera, di Israel.
Selasa, 20 November 2012
Balik ke Tanjung Karang - Part 2
Segala kisah di bawah berlaku pada 18 Oktober 2012. Baru hari ini saya berkesempatan muatnaik cerita dan kisah ini.
_____________________________________________________________
Sekali lagi pengumuman, tapi kali ini meminta kami mengambil kupon makanan di kaunter Airasia. Beratur ambil kupon lima minit.
Sekarang dah ambil kupon. Beratur lagi sekali di hadapan reatoran Jesselton pula. Jarang sekali saya makan di restoran ini. Melainkan keadaan yang sebegini. Pengalaman penerbangan LEWAT di Labuan ini adalah kali kedua.
Entah apa menu yang disediakan di sini. Harapnya yang sedap lah. :) .
Tadi masa saya beratur untuk mengambil kupon makanan, risau juga rasa, sebab saya tak ambil insuran. Tak tahu termasuk sekali atau pun tidak pakej makanan jika berlaku kelewatan seperti ini. Jadi, saya beranikan diri -alhamdulillah-ada kawan2 satu pesawat, Us Sharudin (USIA) dan tuan hakim mahkamah syariah WPKL.
Kupon dah dapat, makanan pun dah dapat. Alhamdulillah. Cuma tadi agak kelam kabut sedikit kerana petugas memberitahu nasi belum masak. Lalu kami beramai ramai meminta ditukar menu lain. Dapatlah roti sanwic. Ok lah tu.
Berkejaran pula untuk naik ke pesawat kerana pengumuman menaiki pesawat telah diumumkan. Terlihat di skrin monitor yang menayangkan jadual penerbangan tertera PANGGILAN AKHIR.
Masuk ke dalam pesawat, masih banyak kerusi kosong. Harapnya semua sempat masuk sebelum pintu ditutup.
Kelihatan satu-persatu penumpang masuk mengambil tempat masing-masing dalam pesawat.
Sekarang kami berada dalam pesawat dan sedang dalam perjalanan ke LCCT dijangka tiba pada 4.10pm.
Soalan dalam minda saya, bilakah saya akan sampai ke kampung?? LCCT -KL Sentral-Klang-Tanjung Karang. Malam kot.
Adakah ini ujian daripadaNya? Allahu a'lam. Ujian dari Allah datang dalam bentuk yang berbeza dan dalam kemampuan setiap hambanya. Cumanya kita sebagai hambanya perlu sentiasa berusaha dan bertawakkal kepadanya. Dan dalam diri perlu sentiasa beringat bahawa Qadarallahu wa ma yasha'u fa'al Allah mentaqdirkan dan apa yang dikehendakiNya berlaku. Reda atas segala ketetapanNya, inilah yang menjadi keutamaan. Gembira, sedih, senang, susah, kaya, miskin. Allah menyukai/mengasihi orang-orang yang sabar.
Sabarkah kita??
Sambung lagi nanti :) .
Balik ke Tanjung Karang....
Perjalanan di bawah bertarikh: 18 Oktober 2012 lalu. Baru hari ini berkesempatan untuk muat naik kisah di sini.
______________________________________________________________________________
Hari ni bertolak balik ke kampung halaman di Tanjung Karang.
Menaiki penerbangan Airasia. Harga tiket lebih kurang RM 250+- pergi dan balik.
Semua penumpang dah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Mencari tempat duduk masing-masing. Ya, tempat duduk saya 15B. Tengah rupanya. Masa daftar masuk di web tidak perasan lagi. Ye lah, saya tekan next, next, next... Nak cepat. Ermmm tak pelah. Mana-mana pun sama. Yang penting sampai ke destinasi.
Bila hati dekat dengan Allah
Isnin, 15 Oktober 2012
Ceramah Bicara Syiria
2. Sejarah kepimpinan syiria
3. Punca terjadi peristiwa kebangkitan rakyat
4. Perkara yang berlaku sepanjang kebangkitan rakyat menolak pemimpin yang zalim. (Pembunuhan oleh pemerintah)
5. Isu akidah pemimpin dan rakyat syiria
6. Harapan rakyat syiria
Harapan saya:
1. Agar semua rakyat malaysia sentiasa beramal dengan al-Quran dan Sunnah
2. Sentiasa menjadikan peristiwa yang berlaku sekeliling kita sebagai panduan dan iktibar yang berguna.
3. Doakan kesejahteraan semua ummat islam diseluruh dunia.
Rabu, 3 Oktober 2012
Perjalanan hari ini
Agak kelam kabut sedikit perjalanan hari ini. Biasanya saya akan daftar masuk online sehari sebelum. Tapi pada kali ini, entah mengapa tidak teringat.
Penerbangan dijadualkan berlepas 7.45am. Jam 7am saya masih di rumah. Ishhh... Berdebar jantung takut tak sempat daftar masuk. Kaunter pulak akan ditutup jam 7.15am. Cumanya-Alhamdulillah-rumah dekat dengan airport. 2 minit dah sampai.
Memang tadi keluar rumah, tergesa-gesa. Hidupkan enjin motor, masuk gear terus jalan. Sekarang ni, motor saya parkir di airport. Insya Allah, motor tu selamat.
Sekarang ni, (semasa menulis) dalam pesawat.
Bila direnung kembali, mengapa perlu berdebar-debar? Sedangkan, kalau terlepas pun boleh tukar ke penerbangan pada waktu petang. (Untuk makluman tiket menggunakan waran kerajaan. Urusan rasmi kerja).
Terfikir lagi.... Kalau berkaitan urusan agama ada tak saya rasa macam ini?? Bimbang terlewat solat setelah masuk waktu. Terkejar-kejar untuk datang ceramah. Takut terlewat apabila berjanji. Ada ke tidak yer??
Jawapannya: Ya dan tidak. Kadang ya. Kadang tidak. Masih perlu penambahbaikan dalam pengurusan akhirat.
Ya Allah perbaiki diriku dalam amalan agamaku. AMIIIN.
Perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit +-. Apa yang boleh dibuat?? :) 1. Tidor. 2. Main game android. 3. Tengok cerita. 4. Ngaji quran. 5. Termenung aka khayalan. 6. Bersembang dengan orang sebelah.
Tak perlulah saya sebut apa yang saya buat dalam tempoh 2jam ni. Cumanya saya cuba mengisi dengan sebaik mungkin. Bermanfaat dunia akhirat. Yang nyata sebahagian masa saya, digunakan untuk menulis di blog ini.
Ya Allah, Taqabbal minni solihal a'mal. Bermaksud: Ya Allah, Terima lah amal baikku. Amiiin.
Bersambung lagi insya Allah.. :)
Selasa, 24 Julai 2012
KAU PUASA TAPI TAK SOLAT!!
Khamis, 19 Julai 2012
JALAN-JALAN DI PAGI HARI SABTU (CARREFOUR)
Pagi pertama setelah pulang dari Labuan(malam 13 Julai sampai Klang), sebelum datang ke Carrefour ni kami tiga beranak pergi sarapan di restoran mamak. Waktu datang ke Carrefour ni, jam baru pukul 8 pagi, lebih kurang la. Biasanya sabtu dan ahad memang dibuka awal. Ni antara gambar yang sempat di ambil sekitar pasaraya ni.







