Selasa, 20 November 2012
Balik ke Tanjung Karang....
Perjalanan di bawah bertarikh: 18 Oktober 2012 lalu. Baru hari ini berkesempatan untuk muat naik kisah di sini.
______________________________________________________________________________
Hari ni bertolak balik ke kampung halaman di Tanjung Karang.
Menaiki penerbangan Airasia. Harga tiket lebih kurang RM 250+- pergi dan balik.
Semua penumpang dah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Mencari tempat duduk masing-masing. Ya, tempat duduk saya 15B. Tengah rupanya. Masa daftar masuk di web tidak perasan lagi. Ye lah, saya tekan next, next, next... Nak cepat. Ermmm tak pelah. Mana-mana pun sama. Yang penting sampai ke destinasi.
Bila hati dekat dengan Allah
Isnin, 15 Oktober 2012
Ceramah Bicara Syiria
2. Sejarah kepimpinan syiria
3. Punca terjadi peristiwa kebangkitan rakyat
4. Perkara yang berlaku sepanjang kebangkitan rakyat menolak pemimpin yang zalim. (Pembunuhan oleh pemerintah)
5. Isu akidah pemimpin dan rakyat syiria
6. Harapan rakyat syiria
Harapan saya:
1. Agar semua rakyat malaysia sentiasa beramal dengan al-Quran dan Sunnah
2. Sentiasa menjadikan peristiwa yang berlaku sekeliling kita sebagai panduan dan iktibar yang berguna.
3. Doakan kesejahteraan semua ummat islam diseluruh dunia.
Rabu, 3 Oktober 2012
Perjalanan hari ini
Agak kelam kabut sedikit perjalanan hari ini. Biasanya saya akan daftar masuk online sehari sebelum. Tapi pada kali ini, entah mengapa tidak teringat.
Penerbangan dijadualkan berlepas 7.45am. Jam 7am saya masih di rumah. Ishhh... Berdebar jantung takut tak sempat daftar masuk. Kaunter pulak akan ditutup jam 7.15am. Cumanya-Alhamdulillah-rumah dekat dengan airport. 2 minit dah sampai.
Memang tadi keluar rumah, tergesa-gesa. Hidupkan enjin motor, masuk gear terus jalan. Sekarang ni, motor saya parkir di airport. Insya Allah, motor tu selamat.
Sekarang ni, (semasa menulis) dalam pesawat.
Bila direnung kembali, mengapa perlu berdebar-debar? Sedangkan, kalau terlepas pun boleh tukar ke penerbangan pada waktu petang. (Untuk makluman tiket menggunakan waran kerajaan. Urusan rasmi kerja).
Terfikir lagi.... Kalau berkaitan urusan agama ada tak saya rasa macam ini?? Bimbang terlewat solat setelah masuk waktu. Terkejar-kejar untuk datang ceramah. Takut terlewat apabila berjanji. Ada ke tidak yer??
Jawapannya: Ya dan tidak. Kadang ya. Kadang tidak. Masih perlu penambahbaikan dalam pengurusan akhirat.
Ya Allah perbaiki diriku dalam amalan agamaku. AMIIIN.
Perjalanan mengambil masa dua jam 30 minit +-. Apa yang boleh dibuat?? :) 1. Tidor. 2. Main game android. 3. Tengok cerita. 4. Ngaji quran. 5. Termenung aka khayalan. 6. Bersembang dengan orang sebelah.
Tak perlulah saya sebut apa yang saya buat dalam tempoh 2jam ni. Cumanya saya cuba mengisi dengan sebaik mungkin. Bermanfaat dunia akhirat. Yang nyata sebahagian masa saya, digunakan untuk menulis di blog ini.
Ya Allah, Taqabbal minni solihal a'mal. Bermaksud: Ya Allah, Terima lah amal baikku. Amiiin.
Bersambung lagi insya Allah.. :)
Selasa, 24 Julai 2012
KAU PUASA TAPI TAK SOLAT!!
Khamis, 19 Julai 2012
JALAN-JALAN DI PAGI HARI SABTU (CARREFOUR)
Pagi pertama setelah pulang dari Labuan(malam 13 Julai sampai Klang), sebelum datang ke Carrefour ni kami tiga beranak pergi sarapan di restoran mamak. Waktu datang ke Carrefour ni, jam baru pukul 8 pagi, lebih kurang la. Biasanya sabtu dan ahad memang dibuka awal. Ni antara gambar yang sempat di ambil sekitar pasaraya ni.
Rabu, 11 Julai 2012
Memilih Pasangan (SIRI 2)- Pasangan Berharta
Itulah kamu, jangan harta menjadi kriteria utama dalam memilih pasangan. Tapi kan, kadang-kadang si anak memang mahukan calon yang mempunyai ciri-ciri yang baik, mak bapak pulak yang bermata duitan, maka calon terbaik itu terpinggir, yang berharta (kononnya) yang dipilih. Ermmm.... Tak tau lah mana silapnya.
SIRI 1
SIRI 2
SIRI 3
SIRI 4
SIRI 5
Selasa, 10 Julai 2012
Pernah dengarkah?? Kisah Yahudi buta, Rasulullah memberi makan.

Mungkin sahabat-sahabat, para pembaca budiman dapat mengkhabarkan kepada saya berkenaan darjat "hadis" ini. Kisah di bawah amat menarik (sekiranya sahih) untuk diceritakan bagi mengambil pengajaran dari kisah ini. Namun sekiranya tiada sumber sahih maka tidak patut untuk saya menyebutnya lagi.
Mungkin anda pernah mendengar kisah di bawah:
Di pasar Madinah terdapat seorang yahudi buta lagi miskin, dan dia sentiasa mengingatkan setiap orang yang lalu dekat dengannya dan berkata kepada mereka "Sesungguhnya Muhammad adalah seorang pendusta, penyihir". Dia juga mencemuhnya dan mengejinya.
Walaupun begitu, Nabi SAW pergi kepadanya setiap pagi dan memberi makan kepada pemuda itu yang terlalu miskin tanpa Baginda berkata apa-apa walau sepatah perkataan dan tanpa memberitahu siapakah Baginda.
Berterusanlah begitu, Nabi SAW memberi makan kepadanya setiap hari sehinggalah datang saat kewafatan Baginda SAW, kemudian terputuslah bekalan makanan paginya.
Bengkel di Hotel Dorsett anjuran Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan
APA??? Tak boleh puasa lepas nisfu Syaaban???
Disahihkan oleh Al-Albani dalam sahih Termizi.
Hadis ini menunjukkan larangan puasa selepas pertengahan Syaaban bermula enam belas.
Walaupun begitu,terdapat dalil yang mengharuskan puasa, antaranya:
Hadis 1:
Isnin, 9 Julai 2012
KELEBIHAN SYAABAN (3)
Jumaat, 6 Julai 2012
AMALAN BULAN SYAABAN (2)
Firman Allah: Nur : 31
Firman Allah: Hujurat (49:11)
Khamis, 5 Julai 2012
AMALAN DI BULAN SYAABAN (1)
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Khamis, 28 Jun 2012
Believing JESUS
One of the prophets of Allah, Alaihis Salam.
Kewajipan sorang muslim
1. Tidak lengkap iman anda sebagai Muslim sekiranya anda tidak beriman dengan JESUS. Namanya diantara 25 rasul yang disebut di dalam Al-Quran.
2. Menjadi kewajipan kita untuk mempercayai bahawa JESUS adalah seorang manusia biasa yang dipilih oleh Allah menjadi Rasul.
Rabu, 27 Jun 2012
Kenapa perlu jaga gigi...
Berkaitan dengan gigi, Nabi mengajarkan kepada umatnya supaya menjaga kebersihan termasuk kebersihan mulut. Nabi menyebut:
Hajah Najla Tolak Gelaran "FIRST LADY OF EGYPT"
Isteri kepada Presiden Mesir Najla Mahmoud, berkeras menolak gelaran Wanita Utama Mesir "First Lady of Egypt". Ujarnya "Tidak terdapat nama gelaran "first Lady" tetapi yang ada ialah "Khadimah Mesr" Iaitu Khadam Mesir Utama. Kerana kita semua adalah warga mesir dan bagi setiap kita hak yang serupa dan kita semua juga mempunya tanggungjawab yang sama.
Selasa, 26 Jun 2012
Semanis Kurma di Labuan
Bermula jam 8.30 malam,
Tajuk: Keluarga Syurgawi.
Penyampaian secara berselang seli oleh pasangan suami-isteri. Terasa menarik, lucu, ceria dan berisi.
Ini antara isi2 yang disebut.
Tujuh asas syurgawi.
1. Suami yang bertaqwa kepada Allah. Pembimbing. Menjaga isteri. Tidak pukul isteri. Jaga solat.
Solat jangan hanya hari sabtu, nanti perangai macam hantu.
Ingat janji Allah pada hari akhirat bagi yang beramal untuk Keimanan pada Allah.
Jumaat, 22 Jun 2012
Nak Kahwin?? Ciri pasangan yang perlu ada... (SIRI 1)
Kalau cerita pasal kahwin, semua celik mata. Seronok la katakan. Best la katakan. Jadi kadang-kadang ramai lupa bahawa perlu membuat pilihan yang bijak dalam perkara KAHWIN ni.
So camner nak buat ni?? Buntu? Atau dah ada??
Pertama kita lihat dulu Hadis. Ada atau tak Nabi sebut pasal perkara ni? Jawapannya : ADA tuan-tuan, puan-puan.
Sabda Nabi:
Program Tafakkuh Fiddin di JAWI Labuan
Khamis, 21 Jun 2012
Aku nikahkan dikau...
Selasa, 19 Jun 2012
Persamaan Islam, Kristianiti dan Judaism (Siri 4).
Selasa, 12 Jun 2012
Persamaan Antara Islam, Kristianiti dan Judaism ( Siri 3): Larangan Syirik.
Isnin, 11 Jun 2012
Persamaan: Islam, Kristianiti dan Judaism (Siri 2) - Perbahasan Rukun Islam
Dalam hadis bukhari agama islam terbina daripada lima perkara:
























