Khamis, 21 Jun 2012

Aku nikahkan dikau...

Gambar Hiasan

Perkahwinan merupakan sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam. Sabda Nabi:
« يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ »
Bermaksud:  Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk berkahwin maka hendaklah ia berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan maka hendaklah ia berpuasa kerana pada puasa itu benteng pertahanan. HR Bukhari (5965)

Dalam hadis di atas Nabi SAW menyeru semua pemuda yang berkemampuan untuk menyahut seruan perkahwinan. Jadi amat perlu bagi sesiapa yang belum mempunyai pasangan hidup untuk berusaha mencari dan seterusnya berkahwin.
Gambar Hiasan


Di kaunter jabatan agama, setiap hari ramai pemohon dari kalangan pemuda dan pemudi mengemukakan permohonan untuk berkahwin. 

Fokus saya bukan proses perkahwinan ini, tetapi yang menjadi fokus adalah persediaan mental dan keilmuan  sebelum berkahwin. 
Gambar Hiasan
Antara yang menjadi kesedihan saya ialah bakal pengantin tidak tahu mengucap, tidak tahu siapa tuhannya, tidak tahu siapa nabi yang diutuskan.

Ada yang tahu mengucap dua kalimah shahadah, tetapi tidak tahu maknanya. Terlalu sedikit ilmu keagaam dalam diri mereka. Bila ditanya tentang solat, ada yang jawab" Saya solat ustaz, hari Jumaat sahaja". Ada yang lain pula berkata "Saya solat hari raya sahaja ustaz". Sungguh hampa bila dengar jawapan sebegini. 
Gambar Hiasan
Apa yang saya boleh buat ialah menanyakan adakah mereka boleh melakukan perubahan pada masa-masa akan datang nanti? Bila mendengar jawapan dari mulut mereka "Ya, Boleh ustaz". Saya mendoakan agar mereka benar-benar akan berubah.

Ingin sahaja saya menghentikan dan menangguhkan akad nikah ke hari yang lain, sehingga kedua-dua mempelai benar-benar bersedia dari segi keugamaan. Jika perkara asas mereka tidak tahu, apatah lagi perkara yang kompleks.
Namun akad nikah tetap diteruskan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina.

 YA ALLAH LINDUNGI HAMBA-HAMBAMU DARI KEJAHILAN DAN TUNJUKKANLAH KAMI JALAN PETUNJUKMU. AMIIIN

Insya allah bersambung lagi....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan