Ada kawan bercerita tentang vending machine. Mesin ni ada beberapa jenis antaranya mesin air RO (air tapis), mesin jual air tin atau kotak, mesin urut dan mesin basuh. Sorang kawan saya meniaga vending mesin RO, sorang lagi pulak pulak vending machine air tin. Daripada cerita diorang ni, baru hati rasa terbuka juga nak buat jika ada peluang.
Jadi terfikir mana satu yang terbaik. Kalau nak beli mesin jual air tin, kena topup setiap masa, kalau dah habis. Masalahnya saya tak berapa ada masa untuk ke sana untuk topup. Jadi pilihan yang ada hanya mesin kerusi urut.
Soalan pertama dalam hati saya boleh untung ker? Entahlah.
Dalam saya tengah terfikir benda ni, tiba-tiba dapat satu panggilan dari satu syarikat yang menjual vending machine ni. Entah macamana dia dapat no telefon saya. Sebenarnya saya begitu memandang serong, kalau ada apa-apa syarikat yang cuba menjual apa-apa produk melalui telefon. Tak akan saya layan punya. Biasanya mengelak dengan berkata "saya tak berminat". Tapi disebabkan saya dah berniat dalam hati, saya bersetuju untuk buat temujanji mendengar penjelasan lanjut.
Akhirnya kami menetapkan untuk berjumpa di Tesco di ruang makan (Food Court). Saya datang ke sana dengan isteri dan anak-anak. Lebih dari sejam, Yang datang bertemu kami ini, ajen rasanya, datang berdua. Kami mendengar penerangan dari seorang daripada mereka berdua. Yang lelaki yang membuat penerangan kepada kami, manakalan seorang lagi, isterinya kurang bercakap.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan