Abu Irfan's
Perkongsian peristiwa yang berlaku di sekelilingku
Rabu, 4 Oktober 2017
Hadiah Latihan Persekutuan (Perkembangan masa terkini)
Hari ni dah setahun saya cuti belajar. Sem satu saya dah berjaya lalui dengan baik. Pointer pun alhamdulillah. Untuk menghabiskan sem 1 ni, cabaran agak tinggi kerana esaimen yang diberikan tersangatlah banyak.
Tekanan pun banyak juga. Walaupun hanya 4 subjek yang wajib diambil dalam sem ni, tetapi esaimen boleh tahan banyaknya. Saya pulak kali pertama menulis dalam bentuk ilmiah sebegini, ditambah pula dengan format yang tersendiri. Sebenarnya ketika di Universiti dulu, bukanlah tak pernah ada kerja kursus, tetapi dalam format yang berbeza. ye lah dulu hanya tahkik kitab, kali ini pula perlu kepada analisa dan pengolahan ayat yang perlu dilakukan dengan lebih teratur menjadikan ia sesuatu yang agak sukar.
Sudahlah kita tidak boleh mengatakan sesuatu tanpa sebarang rujukan, malah semua pandangan perlu di ubah gaya bahasa (para-phrasing) dengan baik. Ia pada satu suatu yang baru dan salah satu cara untuk membiasakan diri dengan penulisan akademik setarah dengan tulisan yang diterbitkan di dalam jurnal yang berindeks dan scorpus.
apa-apa pun sem 1 berjaya dilalui dengan baik walau penuh kesukaran. sebelum habis sem, kami semua perlu menjalani peperiksaan akhir sem. Untuk makluman, terdapat subjek yang tiada peperiksaan dan ada subjek yang ada peperiksaan. Tetapi semua subjek memerlukan kami menulis esaimen.
Oh ya, panjang esaimen ditetapkan sebanyak 20-30 halaman. Yup sangat-sangat banyak. Bayangkan di hujung sem, kami telah menulis sebanyak 13 esei kalau tak silap. Kalilah dengan 20 halaman paling kurang. Nak termuntah dengan data dan maklumat yang perlu dihadap setiap hari. Banyak sangat weh.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
Lupa pulak nak cerita pasal hari pendaftaran.
Kami mendaftar di Dewan (saya dah lupa nama dewan). Ramai sekali yang hadir sekali. Saya datang seorang diri mendaftar. ada juga kawan lain yang dapat HLP mendaftar hari ini. Tapi kami datang bukan pada waktu yang sama. Jadi saya sendirian je lah, walaupun ramai lagi yang lain di sana, saya tidak mengenali mereka (rasanya hingga hari ni tak kenal...hehe).
insya allah bersambugn....
Selasa, 26 Julai 2016
PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 5- KEPUTUSAN TEMUDUGA
Masukkan nama pengguna dan kata laluan.
Alhamdulillah. Gembira. Lepas ni perlu hadiri taklimat HLP di UPM dan kursus QA di INTAN pula.
PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 4- TEMUDUGA HLP di Presint 5.
Alhamdulillah, pagi tu dapat datang awal walaupun terkeliru jalan untuk ke sana. Maklumlah saya naik motor, memang guna 'waze', tapi sesat juga ler, walaupun begitu setelah tanya orang, saya sampai ke tempat temuduga, di Sekolah Rendah (kalau tak silap) Presint 5, Putrajaya.
Bilangan permohonan tahun 2016 yang lalu, adalah seramai 1100 orang (kalau tak silap) dan tempat kekosongan untuk HLP hanya 550 tempat sahaja. Temuduga diadakan beberapa hari. Saya hari yang kedua. Semasa sampai di sekolah tu, saya dapati ramai telah ada. Kebanyakan memakai pakaian segak ber'suit' lengkap. Saya pulak pakai baju kerja yang biasa dipakai, kemeja kolar mandarin. Terasa juga berlainan dengan orang lain, semua yang lelaki memakai tali leher saya memang tidak ler. Tapi buat tak tahu jer. Kalau fikir pasal tu jer, makin susah hati lah jawab nyer.
Panel temuduga 3 orang terdiri dari pensyarah Universiti, pegawai JPA dan pakar dalam bidang yang ingin dikaji. Saya diberitahu oleh rakan-rakan, kalau permohonan HLP secara kerja kursus, pemohon akan dipanggil dua orang- dua orang. Akan tetapi apabila tiba giliran saya, hanya saya seorang yang dipanggil untuk ditemduga. saya terfikir " mungkin sebab nama terakhir, dan tiada lagi orang yang nak dipasangkan dengan saya"
Semasa sesi temuduga tersebut, saya ditanya hal-hal berkaitan kajian saya tapi tidak detail, dan lain-lain soalan hanya berkisar hal-hal semasa. Tahap konfiden saya pada ketika itu agak tinggi. Tapi lulus atau tidak, tertakluk kepada panel-panel tersebut. Semasa saya habis ditemuduga, orang lain dah habis balik. Tu lah, nama bermula huruf 'z'. Nak buat macammana.
PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 3- TEMUDUGA HLP
Untuk kakitangan bukan gunasama seperti saya yang berkhdimat di bawah agensi JAKIM, pihak pengurusan tertinggi JAKIM sendiri akan menyenaraikanpendek nama yang layak. biasanya untuk kami, kalau berkhidmat belum 5 tahun, tidak akan dipertimbangkan untuk memberi laluan kepada orang yang telah lama berkhidmat yang belum pernah membuat permohonan.
Saya alhamdulillah dah 8 tahun berkhidmat, jadi tidak ada masalah berkenaan hal ni. Tidak lama kemudian setelah memeriksa laman E-sila, nama saya terpilih untuk temuduga HLP. Alhamdulillah.
JAKIM telah membuat satu inisiatif yang baru dengan memanggil calon-calon yang layak temuduga untuk menghadiri satu kursus persediaan temuduga HLP yang di dalamnya kami semua seramai 22 orang yang layak temuduga, diisi dengan penceramah yang menceritakan hal-hal yang sangat relevan berkaitan persediaan HLP ini.
Antaranya: Tatacara membuat proposal yang baik, pengalaman sebagai panel penemuduga, dan lain-lain lagi.
Keputusan temuduga dijangka pada bulan satu, sekiranya lulus. Kalau tak lulus, boleh cuba lagi tahun akan datang.
bersambung...
PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 4- PENGHANTARAN OLEH SKYNET
Penjual menghantar barangan ke Skynet pada hari yang sama dan barangan tersebut telah sampai ke pej skynet Klang pada keesokan harinya.
Selasa, 19 Julai 2016
PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 3- PENGHANTARAN OLEH PENJUAL
Jumaat, 15 Julai 2016
PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 2- INSTALLMENT
Untuk pembelian online secara ansuran, kali ni adalah kali yang ke berapa yer, tak ingat, ketiga mungkin. Dua di Lazada dan kali ini di 11 Street.
Sekarang ni pembayaran dah di buat, nak tunggu penghantaran pula oleh penjual.
PENGALAMAN BELI TV SECARA ONLINE- 11STREET- BAHAGIAN 1
TV? ye TV? Berapa inci? Hehe sebenarnya nak kata kecik tak jugak, agak besar, 49 inci.
Memang tengah cari TV baru memandangkan tv lama dah berusia 10 tahun dan tidak mesra teknologi terkini. Jadi dah tiba masa untuk cari tv baru. Awal Ramadan 1437 tempohari ada rakan yang menawarkan tv Samsung beli terus dari kilang dengan harga yang WOW murah. Tapi mendukacitakan hingga sampai hari raya tv tak kunjung tiba. Hampa.
Khamis, 23 Jun 2016
PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 2- PERMOHONAN
Saya masa nak memohon HLP ni, memang tak nak pilih full research sebab merasakan diri tak berkemampuan. Jadi saya pilih tawaran secara kerja kursus. Untuk yang memilih secara kerja kursus, tidak perlu panjang-panjang, hanya 3 muka surat sahaja. Tidak seperti yang memilih secara full research, mereka perlu buat proposal lengkap hampir 15 muka surat.
Tajuk yang saya pilih berkaitan dengan aliran pemikiran, kalau dikhususkan, kajian ini kan lebih menjurus tentang aliran pemikiran freethought di Malaysia.
Proposal yang siap tadi tu, perlu dibuat beberapa salinan dan dihantar ke Bahagian Latihan dan seterusnya satu mesyuarat panel pemilihan akan dibuat untuk memilih orang yang berkelayakan sebelum dibawa kepada JPA.
PENGALAMAN MEMOHON HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) SESI TAHUN 2016. Part 1
Saya sebenarnya dah lama nak memohon sejak dari tahun 2012 lagi. Disebabkan saya ni lantikan JAKIM, maka segala permohonan akan melalui JAKIM. Jika mengikut syarat yang digariskan oleh JPA permohonan HLP tiga tahun selepas berkhidmat. Tapi disebabkan ada syarat tambahan yang ditetapkan, maka setiap kami dibolehkan memohon selepas lima tahun berkhidmat.
Jadi kali ini sampailah peluang saya untuk memohon. Baru nak mohon, dapat tak tau lagi. Macam biasa, buka lamanweb JPA esila. Di situ maklumat yang diperlukan boleh didapati. Bila dah log-in baru boleh dapat surat yang macam di bawah ni.
Ada syarat-syarat yang mesti ditunaikan, kalau tak, nanti tak lepas.
ni antaranya:
Dipendekkan cerita semua salinan dokumen dan juga proposal (hardcopy) perlu dihantar kepada ketua jabatan melalui Bahagian Latihan. Kalau yang softcopy pulak upload dan lepas tu hantar. Dua-dua proses ni sama penting kerana kalau hanya mohon dengan esila tapi tak mendapat kelulusan ketua jabatan, JPA tetap tidak akan membenarkan permohonan ini diluluskan.
nanti akan datang saya cerita berkaitan dengan proposal pulak...
Sabtu, 14 Mei 2016
BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 3
Kiraan keuntungan (jika ada)
Kalau saya dapat sebulan RM1,000.00:
Sebulan (RM) | Setahun (RM) | 3 tahun (RM) |
1,000.00 | 12,000.00 | 36,000.00 |
Pertama saya bukan ejen. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam syarikat ini.
Pandangan saya secara peribadi:
- Fikirkan baik-baik di mana anda nak letakkan duit anda. Kalau anda letak dalam Tabung Haji atau ASB, walaupun pulangannya kurang 10%, tetapi duit anda tetap milik anda, duit anda masih dalam bank dan boleh digunakan dengan apa cara yang anda pilih. Maksud saya duit anda masih selamat.
- Keuntungannya bisnes kerusi urut ni tak pasti. Kalau banyak, alhamdulillah, kalau sedikit, alhamdulillah. Dah rezeki banyak tu.
- Kalau jumpa syarikat lain yang menawarkan tawaran yang lebih hebat lagi dengan harga yang murah, sangatlah elok. Buat carian terlebih dahulu sebelum menceburi bidang ini. Hehe. Dengan ilmu yang cukup, tiada penyesalan dengan keputusan yang dibuat.
- Pelaburan cara ini, satu pelaburan jangka panjang, bukan jangka pendek, kalau anda mengharapkan pulangan yang cepat dan banyak, carilah bisnes atau pelaburan yang lain.
BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 3
Bayaran muka yang dicadangkan ialah 30% dari harga jual, iaitu RM7,200. Banyaknya... mana nak cekau duit banyak ni, Wakil syarikat tu beritahu bayaran perlu dibuat hari ini juga, kalau tidak harga bukan lagi harga promosi. Adoiii, macam perangkap pula rasanya. wakil syarikat juga mambawa bersama mesin yang boleh swap kad kredit tu. Ermmm... macam nak kena bayar jugaklah nampaknya.
Sekarang kerusi telah di pasang. Iaitu selepas beberapa hari bayaran dibuat.
Ni gambar kerusi yang telah dipasang.
Sekarang saya terfikir boleh ke dapat untung ni. Saya buat kira-kira:
Kalau saya buat loan selama 5 tahun dengan kadar 4% setahun, bayaran bulanan ialah: RM442. Ini bermakna saya perlu membuat jualan/kutipan sebanyak RM800 sebulan jika saya inginkan keuntungan, kerana ada sewaan tapak yang perlu dibayar. Jika tidak, saya tidak akan mendapat pasif income.
BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME? -BAHAGIAN 2
- Perbandingan dengan dengan saham. Kalau masuk ASB, pulangan keuntungan tahunan hanya sekitar 8% hingga 10%. Katakan melabur RM20 ribu, pulangan setahun sekitar RM1,800 hingga RM2,000. Begitu juga jika menyimpan di Tabung Haji. Tentunya kita mahukan pulangan yang lebih jika boleh, tapi itu sahaja yang kita dapat kalau melabur di institusi pelaburan. Bagaimana pandangan anda jika dalam kita melabur, kita mendapat pulangan sehingga 40% setahun?
- Ada seorang kontraktor berniaga menggunakan vending machine, pada mulanya satu mesin, tetapi sekarang telah mencapai 5 mesin. Dan pulangan yang dia capai sebulan sebanyak RM16 ribu. Dia dah beli sebuah lori untuk angkut air itn dan telah ada dua orang pekerja khas untuk membuat pembelian secara borong dan untuk mengisi semula vending machine yang telah kosong.
BISNES KERUSI URUT (MASSAGE CHAIR) BOLEH UNTUNG KER? PASIF INCOME?
Ada kawan bercerita tentang vending machine. Mesin ni ada beberapa jenis antaranya mesin air RO (air tapis), mesin jual air tin atau kotak, mesin urut dan mesin basuh. Sorang kawan saya meniaga vending mesin RO, sorang lagi pulak pulak vending machine air tin. Daripada cerita diorang ni, baru hati rasa terbuka juga nak buat jika ada peluang.
Jadi terfikir mana satu yang terbaik. Kalau nak beli mesin jual air tin, kena topup setiap masa, kalau dah habis. Masalahnya saya tak berapa ada masa untuk ke sana untuk topup. Jadi pilihan yang ada hanya mesin kerusi urut.
Selasa, 16 Februari 2016
INGIN SERTAI ISBAT HAFAZAN NEGERI SELANGOR
Saya pun dah lama dengar, cuma kali ni baru berkesempatan untuk memohon. Ye lah dulu, kerja di Labuan, lima tahun pulak tu. Tak dapat nak sertai sekali.
Saya nak memohon ni pun sebab nak menggalakkan diri mengulang hafalan quran, kalau tak, susah sikit, dan kadang kala sendiri cari alasan untuk bertangguh. Semangat dah ada, cuma takut luntur jer.
Isbat Hafazan ni ada syarat-syaratnya. Bukan semua boleh memohon. Dalam borang tertulis "keutamaan diberikan kepada pemohon kelahiran Selangor". Saya pun nak cuba nasib sahaja, sebab saya dilahirkan di Perak, sebab abah dulu kerja kat Perak. Saya bukan boleh pilih nak dilahirkan dimana. Tahu-tahu jer dah pun dilahirkan ke dunia ni dengan selamat. Kalau boleh pilih, mungkin pilih kat Mekah ker, Madinah ker, London ker, hehe.
Abah lahir di Selangor, dalam ic tercatat "10" nombor tengah-tengah. Nenek dan atuk berasal dari Johor, merantau ke Selangor menjadi peneroka. Apa-apa pun, boleh lah kot mohon sebab abah orang Selangor. Saya pun orang Selangor juga, alamat dalam IC Selangor atau sebagai pemastautin. Lagi satu yang problematik sikit, dalam syarat tu menyatakan "Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak yang lahir di Negeri Selangor", tak tau lah dapat sertai atau tidak nanti. Tunggu dan lihat je lah, sebab borang belum hantar lagi. Mungkin hari ni baru nak hantar, tengahari sikit, atau pun besok, bergantung kepada sempat atau tidak, dan dapat pelepasan atau tidak. Ye lah nak keluar dari ofis mesti dapat kebenaran bos dulu.
Ok lah, nanti saya kemaskini lagi.
Isnin, 15 Februari 2016
Beli barang via Lazada- Express delivery
Haaa... tu lah telefon yang dibeli. Harapnya performance sama hebat seperti yang tercatit di atas kertas.
Kalau guna alamat rumah saya, tiada penghantaran ekspress disediakan. Hanya penghantaran biasa. Saya beli telefon ni setelah membuat perbandingan dengan banyak jenis telefon di pasaran. Telefon ni didapati antara yang paling tinggi spesifikasi dalam kelasnya yaitu kelas pertengahan dan harga dalam bajet saya. Kalau nak cari yang hi-end, kena berhutang lah nampaknya, guna kredit kad. Kredit kad ni bahaya kalau dah terlalu banyak komitment, takut tersangkut bayaran, dia punya bunga kembang semangkuklah nampaknya. Beli tunai pilihan yang paling baik buat saya masa ini.
KEHILANGAN BUKU KESIHATAN ANAK (UPDATED)
Berbalik kepada buku tu, cari dalam rumah yang saya duduki sekarang memang tak jumpa. Dah punggah kotak-kotak yang belum dibuka. Teringat dalam kereta yang dah jual hari tu. Sebabnya, rasa macam ada terlihat dalam kereta tu. Kereta Kelisa tahun 2004. Tapi entahlah, rasanya masa nak serah pada pembeli hari tu, dah keluarkan semua barang dalam kereta.
Bukan apa nak cari buku ni. Pihak sekolah anak minta untuk direkodkan nanti kalau-kalau ada pemvaksinan imunisasi pada masa akan datang dan untuk melihat rekod suntikan yang telah diambil semasa kecil.
Setelah cari tak jumpa-jumpa. Masa pun berlalu, sehari, dua hari, seminggu dua minggu. Kemudian saya lihat buku tu ada dalam bilik. Hairan sungguh, hari tu semasa cari memang tak jumpa, tapi hari ni pula ada. Saya pun bertanya kepada isteri "Jumpa kat mana buku ni?". Jawab isteri "Kat kampung". Di kampung rupanya. Patutlah cari di rumah tak jumpa. Katanya adik ipar yang carikan dalam dua peti plastik yang disimpan di kampung.
Alhamdulillah jumpa. Hilang resah dan susah hati.
Isnin, 11 Januari 2016
PANTAI REMIS DI PETANG SABTU
BELI MOTOR TANPA RIBA?
Dua motor saya beli secara cash dan satu secara hutang kedai. Yang tunai tu alhamdulillah. Yang hutang kedai ni, saya tercari-cari yang boleh menjual secara islamik. Tapi menghampakan, tak ada yang boleh dan tahu jual beli secara Islam memandangkan 99% kedai motor adalah pemilikan non muslim. tak hairanlah jika tawaran yang diberikan hanya secara konvensional.
Saya tidak punya pilihan lain pada ketika itu. Kisah lama sebenarnya, tahun 2008 dahulu. Sekarang pun saya masih tak pasti kedai mana yang boleh jual secara islamik.
kalau secara konvensional (harga jual + bunga) bahagi bulan pinjaman = bayaran bulanan. Di sini bayaran yang di bayar bukan harga jual, tapi harga yang berubah setelah dicampur dengan bunga.
contoh: sekadar contoh. bukan harga motor saya. hehe.
Harga Motor: RM37500.00 + GST RM 2250.00= RM 39750.00
Kadar bunga: +- 5%. setahun. berbeza ikut kedai. kat sini saya main letak jer.
Kadar bunga setahun= RM39750.00 x 5%= RM 1987.50
Kadar bunga 5 tahun (ini kalau nak pinjam 5 tahun lah): RM 1987.50 x 5= RM9937.50
Kadar bayaran bulanan = (RM 39750.00 + RM 9937.50) bahagi 120 bulan = RM414.10
dalam kiraan di atas, harga jual tidak sama dengan harga akhir yang dibayar. Sepatutnya harga jual tidak berubah. Pertambahan inilah dipanggil riba. Dan dalam satu jual beli hanya boleh ada satu harga sahaja untuk satu barang yang dibeli. Riba dalam transaksi ini ialah RM 9937.50. Tu kalau sorang yang buat riba, kalau 10 orang berapa agaknya riba yang dijana. Kalau seratus? Lagi banyak... tu belum kira berapa banyak motor atas jalan.
Dalam transaksi riba, kelewatan pembayaran akan menyebabkan denda dikenakan. Dan hutang menjadi semakin banyak setiap kali denda dikenakan. Hutang + denda dan kadar bayaran baru adalah dikira selepas jumlah baru tadi dikira. Riba atas riba.
Kalau secara islamik: (Harga jual) bahagi (bulan pembiayaan) = bayaran bulanan.
Harga jual: Disebabkan transaksi jualbeli ini secara ansuran, maka kedai akan membuat pengiraan lain berbanding harga tunai. Harga tunai = RM 39750.00 atas jalan.
Setelah mengambil kira kadar keuntungan yang perlu diperoleh oleh kedai maka kedai menjual motor tadi dengan mengambil keuntungan sebanyak 5% menjadikan harga jual motor tadi sebanyak :RM 49686.50.
Jadi motor dijual dengan harga yang dipersetujui bersama iaitu RM 49686.50. Ini harga jual yer. Jadi lepas ni takde lagi pertambahan ada harga. Harga dah tetap.
Pembanyaran bulanan sebanyak RM 414.10.
Apa beza dengan transaksi di atas?
yang pertama ada pertambahan pada harga ketika akad. Pertambahan=riba.
Pada yang kedua harga adalah sama tanpa pertambahan. Tiada pertambahan= tiada riba.
Apsal tak jual murah-murah, dah kata takde riba.
Penjual berhak menjual barangannya mengikut apa yang dirasakan sesuai. Namun, pembeli ada hak untuk membuat penawaran untuk menurunkan harga. Jadi jadilah pembeli yang bijak (berfikir untuk kehidupan dunia dan akhirat)
KEHILANGAN BUKU REKOD KESIHATAN ANAK
Khamis, 31 Disember 2015
TERSEREMPAK DENGAN KENDERAAN GOOGLE MAPS
MULA MENYEWAKAN RUMAH YANG DIBELI
Daripada ramai yang telefon tu, ada seorang yang serius bertanya dan ingin terus tengok rumah. Jadi saya susun masa untuk pertemuan.
Pada hari pertemuan, beliau melihat rumah yang ketika itu belum 100% siap ubahsuai, lalu terus memberi kata putus jadi untuk menyewa. Saya dalam hati, mengucapkan rasa syukur kerana dapat penyewa dalam masa yang singkat dan tidak perlu bersusah payah mencari penyewa. Thanks to Mudah.my.
Beliau terus mengeluarkan wang tunai untuk bayaran deposit, saya pun agak terkejut kerana dia terus ingin membayarnya. Saya terima bayaran dan berjanji akan menyiapkan rumah sebelum tahun baru.
Insya allah sewaan bermula 1 Jan 2016 iaitu esok.
RUMAH DIMASUKI PENCURI WAYAR
Selasa, 18 Ogos 2015
BELI NOMBOR KERETA DI JPJ
JPJ buka ke jam 1 petang?
Pasal benda ni saya tak terfikir lah pulak. Main redah jer ke sana. Dalam minda saya, pastinya jam 1 petang tak ditutup. Yelah jabatan kerajaan kan nak mendahulukan rakyat dalam derita…eh eh silap… dalam perkhidmatan. Bukan sekali saya saya tersalah lorong di highway, dua kali tuuu. Saya bukan naik kereta, tapi naik motorsikal. Hp diletakkan di dalam raga, dengan perisian Waze dihidupkan. Jadi mata saya terpandang-pandang ke dalam raga. Silau pulak cahaya matahari. Tu yang tersalah jalan, sebab tak berapa nampak laluan di Waze tu. Bagusnya Waze ni, kalau dah tersilap jalan, ia berikan jalan alternatif.
Tiba di JPJ
Saya tiba di JPJ, lalu saya kunci motor dan letakkan helmet dalam peti motor. Saya terus melangkah masuk, saya dapati orang tak ramai. Saya lihat ada lelaki agak berusia, lalu saya terus bertanya bagaimana untuk mendaftar nombor plat kenderaan. Saya diberikan no giliran.
Lama tak menunggu?
Baru sahaja saya nak duduk, nombor telah dipanggil. Saya terus ke kaunter lalu memaklumkan ingin membeli nombor kenderaan. Saya dilayan dengan ramah oleh petugas ketika itu. Tahniah.
Apa dokumen yang diperlukan?
Ini yang saya tak tahu ni. Sebelum saya ke JPJ, saya banyak buat pencarian dalam internet tentang prosedur membeli nombor. Agak rumit berbanding dengan urusan sebenar di kaunter ini. Saya nak belikan nombor ni untuk isteri saya. Sebabnya nak samakan dengan no kereta dan motor yang dekat rumah tu. Dia nak beli kereta baru.
Saya ditanya “nak ambil nombor negeri mana” saya beritahu “ Labuan”, jawabnya “Maaf, Labuan dan Langkawi tak boleh sebab dua tempat tu bebas cukai”. Jadi terpaksalah ambil no selangor. Mujur masa tu no yang dikehendaki tu ada.
saya bertanya “ apa dokumen yang diperlukan?” saya beranggapan pastinya pelbagai dokumen yang diperlukan. “ ic atau salinanannya sahaja”. “ Tak perlu isi borang ke?” “tidak “ jawabnya. Saya merasakan betapa mudahnya urusannya. Kurang dua minit selesai. Salinan tadi pun dipulangkan semula.
Berapa bayarannya?
Petugas di kaunter tadi ada mempelawa nombor 3 digit. Saya telah ada pilihan di hati nombor lain, jadi saya tolak. Bayaran yang dikenakan untuk nombor yang saya pilih tadi ialah RM210.00.
Selesai urusan dikaunter, saya pun berpaling ke belakang, saya dapati lengang. saya tertanya-tanya kenapa lengang. kemudia saya melihat jam, “Oh!” rupa-rupanya jam menunjukkan pukul 1 petang. Petut pun tak ada orang tadi. Hehe.
Khamis, 30 Julai 2015
ORANG BANYAK DUIT
Rumah, kalau pun bank dah luluskan, ia masih belum milik aku. Masih milik bank. Kalau tak bayar, nanti kena tarik dan kena lelong. Nak beli rumah secara tunai? Ia memang impian semua orang. Kalau gaji RM 5,000 sebulan, berapa lama menyimpan baru boleh beli rumah secara tunai? Mungkin ada orang kata “Ini semua dunia” “Duit semua dunia”, Ye lah dunia, aku sekarang tengah hidup di dunia dan memang akan ke dunia sana selepas ini. Aku harapkan dengan apa yang aku buat ini, aku nanti akan lebih kuat semangat untuk beramal untuk akhirat.
Jadi, satu cara yang ada iaitu dengan berhutang. Moga aku dapat membayar semua hutang ini.
Selasa, 16 Jun 2015
RUMAH LELONG KEDUA (SURAT DARI R*B BANK)
RUMAH LELONG KEDUA (BERJAYA DIBIDA)
27 MEI 2015
Pergi bank CIMB buat bank draf sebanyak RM2,500.00 iaitu 10% dari harga simpanan.
29 MEI 2015
Hari ni pergi ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor. Harga asal rumah tu RM25000.00, tapi naik kepada RM75000.00. Alhamdulillah dapat rumah ni. Rumah jenis freehold endlot. Walaupun rumah ni nampak buruk tapi saya tetap positif bahawa rumah ni boleh menjana income kelak.
1 JUN 2015
Pergi ke Maybank untuk bertanyakan berkenaan pembiayaan rumah nanti. Minta borang dan maklumat berkenaan dokumen sokongan yang diperlukan. Kadar keuntungan bank 4.72%.
Khamis, 4 Jun 2015
NAK BERCUTI KE MANA? KE CAMERON HIGHLANS ?
Entah macamana, tiba-tiba ada idea nak gi jalang-jalan. Isteri tanya saya dan saya tanya isteri. Dua-dua pun buntu tak tau ke mana. Tiba-tiba isteri bagi idea ke Cameron Highlands. Saya bila dengar, saya ok jer. Lepas tu saya pun cari hotel yang berpotensi untuk didiami di sana.
Bila Nak Pergi?
Bila yer? Cuti sekolah tinggal seminggu lagi jer ni. Hotel pulak, rasanya pasti penuh sekarang ni. Entahlah. Mula-mula 11 dan 12 Jun. Tapi isteri pulak tidak lapang pada masa tu. Saya pun tanya "8 dan 9 Jun ok tak?" Jawab isteri saya "ok".
Tengah tulis ni, sakit gigi pula melanda. Nanti lah sambung bila fikiran tak terganggu oleh sakit ni.
Kbai.
RUMAH LELONG CORNER LOT DI MERU
Lelongan dah pun berlalu dua minggu lepas.
Rumah ni, rumah yang dah direnovate dari depan hingga belakang rumah. Kawasan tanah sebelah rumah pun dah di tambak (di renovate) buat besarkan ruang tamu dan bilik.
Majoriti orang yang tinggal di sini adalah kaum India Rakyat Malaysia. Orang melayu ada tapi kurang lah di bahagian ini di kawasan perumahan ini. Kawasan yang berdekatan dengan surau, haa di situ ramai Melayu.
Harga simpanan RM56k.
Bila jumpa je iklan rumah lelong dalam internet, saya terus dapatkan POS, dan pergi melihat rumah itu. Terima kasih kepada encik Syed yang banyak membantu. Dia di web auctionzone.blogspot.com. Tak perlulah susah-susah nak cari iklan ni merata tempat.
Tempat lelongan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Susah juga nak cari, dan susah juga nak pergi sana sini cari iklan sebegini.
Keadaan rumah
Bila saya ke rumah tersebut, macam biasalah , rumah yang dah lama tak de orang, macam-macam benda hilang dari rumah tu. Tingkap, pintu, pagar dah tak de. Ini mesti angkara mat dadah atau orang "miskin" jual besi buruk. Saya pun tak tahu siapa yang buat benda-benda ni.
Di luar ada kesan contengan, dalam pun ada. So apa first impression? Memang tak jatuh cinta. Memang agak menyeramkan. Tapi tak pula benci... hehe. Perkiraan adalah dari sudut lain. Apa bendanya? Satu: Niat nak duduk situ lepas renovate nanti, kalau dapatlah.. Dua: market value rumah corner ni mau cecah RM200k ++. Wow..masyuk. Tiga: apa eakkk? Entahlah...dua jer yang mampu saya fikir sekarang ni.
Buat Bank Draf
Saya buat bank draf di CIMB. Ambil borang dan bawa buku bank sekali. Akaun saya ada buku, jadi buku kena bawa sekali. Kalau jenis yang takde buku, biasanya bawa kat ATM dan IC jelah.
Cas Perkhidmatan sebanyak RM5.90 dikenakan untuk bank draf. Saya bertanya kepada orang di kaunter, kalau nak tebus semula berapa casnya? Katanya " Rm 2.00 encik" "Oh ok lah" kata saya.
Hari Lelongan
Saya begitu bersemangat untuk ke lelongan ni. Siap minta cuti lagi. Sehari. Daftar di tingkat bawah di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Ambil borang, lengkapkan dan masukkan ke dalam tong yang disediakan beserta kad pengenalan dan bank draf.
Saya datang awal juga ke sana. Dalam jam 8 dah berada di sana.
Bilik lelongan
Bilik lelongan di tingkat dua. Dalam auditorium. Rasa lama juga menunggu. Jam 10.30 am masuklah seorang pegawai dari Pejabat Tanah. Ketika itu semua pembida telah masuk. Begitu juga semua pelelong.
Sejuk pula rasanya bilik ni. Adakah sebab gementar sebab lelongan ni atau ada sebab lain? Entahlah, rasanya bilik tu memang sejuk. Pakcik kat sebelah pun macam menggigil juga kesejukan.
Ramai ke pembida lain?
Pak cik kat sebelah saya pun nak bida rumah yang sama dengan saya. Pakcik tu cakap, anaknya yang minta dia masuk bidaan ini. Dia pun minta cuti. Dalam hati saya "Kalau pakcik ni sorang jer ok lah, boleh menang rasanya, hehe".
Saya pun tak tahu lah kalau ada pembida lain selain dari pakcik tu.
Giliran lelongan
Saya pun tak tahu unit ni yang ke berapa akan di lelong. Kalau macam di Ehsan Auctioneer hari tu, dia dah siap senarai untuk lelongan dan gilirannya. Tapi di sini, macam tak de jer.
Ada satu unit, terdapat 9 orang masuk bidaan. Alamak banyaknya orang. "Mesti sengit ni"kata saya dalam hati. Macam biasa, bila ramai pembida, kenaikan bidaan sebanyak RM5,000.00 sekali angkat tangan. Kat sini angkat tangan jer. Dia tak bagi kipas macam kat pelelong kat KL tu.. hehe.
Harga simpanan RM90k. Akhirnya dimenangi orang seorang Melayu dengan harga belian RM145k. (Kalau tak silaplah... lupa, pasal dah lama, hehe). Oh lupa nak bagitau di mana. Di Johan Setia.
Giliran unit ITU
Akhirnya, sampai giliran unit yang saya minat ni. Jeng, jeng, jeng.... Nama setiap pembida dipanggil oleh pelelong. Setiap mereka termasuk saya berdiri di hadapan pelelong. Nah! 11 orang semuanya.
Kenaikan RM5k sekali angkat. Dimulakan dengan harga RM58k. Terhenti pada harga RM153k. Saya tak sempat nak angkat tangan langsung, sebab saya punya bajet rendah jer. RM85k max. Baru terfikir nak angkat tangan, orang lain dah angkat dulu. Akhirnya saya dengan pakcik tadi melopong dengan harga lebih dari RM100k dari harga asal.
Dihujung bidaan, setelah tukul diketuk, semua yang berada di situ menepuk tangan kepada yang berjaya. Sengit memang sengit. Yang ini pun dimenangi oleh orang Melayu.
Buat apa lagi lepas tu
Dah boleh balik kepada yang nak balik. Tapi sebelum tu, kena ambil semula bank draf dan IC tadi. Sebelum tu, perlu tandatangan pada kertas borang tadi. Kemudian baru boleh ambil IC dan Bank Draf.
Jadi, Macamana? Ada nak cuba lagi?
Insya Allah. Buat masa sekarang ni kena survey rumah-rumah yang akan dilelong dalam masa terdekat.
Rabu, 29 April 2015
RUMAH LELONG IMPIAN SENTOSA KLANG
Semalam pergi bida Rumah apartment Impian Sentosa, di Taman Sentosa, Klang. Tempat bidaan kat Megan Avenue tingkat 20. Lelongan Ehsan Auctioneer. Tapi tak dapat sebab tak berani nak bid harga yang lebih tinggi. Harga Simpanan RM 45,000. Harga jual RM60,000. Saya tak da keberanian nak ambil harga lebih tinggi. Akhirnya kalah.
Bukan tak nak teruskan dengan harga lebih tinggi, tapi memikirkan tunggakan penyenggaraan yang agak tinggi lebih kurang RM7k. Mungkin ada yang kata “ok lah tu, bukan banyak pun”. Tapi saya taka da ongkos cash yang banyak, dikit-dikit ada laahh.. hehe.
Tapi takpe, lain kali insya Allah ada lagi peluang. Rumaha lelong rasanya tak pernah kehabisan, sentiasa ada.
Saya pun masih baru dalam bidang rumah lelong ni. Semalam, selepas tamat lelongan, ada orang kat sebelah tu, kata yang dia baru sewakan satu unit kat situ. Blok C. Hmmm… entahlah nak kata rugi, tak juga. Rugi sikit lah duit buat bank draf dan tebus balik.