Rabu, 30 Oktober 2013

LAWATAN KERJA KE KOTA KINABALU (HARI KEDUA)- JAHEINS

LAWATAN KERJA KE JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI SABAH (JAHEINS)
23 Oktober 2013.

Berada di bilik mesyuarat JAHEINS.
Dari kiri: Us Sabarudin KPPK JAWI,Us Timbalan Pengarah JAHEINS, dan Ketua Pendakwa JAHEINS. 

Antara yang hadir, ketua-ketua bahagian JAHEINS.
Pegawai-pegawai JAHEINS
Antara kakitangan JAWI yang turut serta.
Disebelah kiri: Pegawai-pegawai JAWI Labuan.
Abang-abang pemandu yang sentiasa happy. Kalau tak ada mereka ni, tak sampai,kami,di Kota Kinabalu.
Jurukamera yang berdedikasi. Gambar dia komfom takde dalam kamera tu.hehe.
Pegawai yang bersemangat jitu. Soalan-soalan yang dikemukakannya mantap dan bermanfaat untuk jabatan kami. Terbaik.

Antara perbincangan:
• Perkongsian maklumat berkenaan hal ehwal islam dan Penambahbaikan.
• Pertanyaan penyelesaian berkenaan sesuatu isu.
• Taaruf antara kakitangan dua jabatan.
Pertemuaan berlangsung selama satu jam setengah tamat pada jam 10 pagi

Penyampaian cenderamata dari JAHEINS kepada JAWI Labuan. Dan sebaliknya. 
Selesai sudah pertemuan. Kami dijemput,untuk makan. Alhamdulillah , rejeki.

Kami sebenarnya masih kenyang. Dihotel pun dah makan banyak. Menu yang dihidang di JAHEINS ni pulak macam makan tengahari.

Terima kasih JAHEINS kerana sediakan makan. Save bajet tengahari.
Menunggu giliran makan.
Perbincangan antara pegawai dua jabatan.
Tengah makan.
Lepas makan, sembang-sembang lah bos. 

Terima kasih atas goodies yang diberikan. 
Semua tersenyum bila menerimanya. 
 Apa ya dalam tu? 
 Di sebelah kiri ialah Timbalan Pengarah JAHEINS. Masha allah. Beliau hantar kami hingga ke lif. Setelah kami turun barulah beliau naik ke pejabat beliau. Thanks.
 Di kawasan bawah, banyak gerai jualan barangan. Kebanyakan peniaga adalah muslim. Maklumlah bangunan ini kepunyaan Majlis Ugama Islam Sabah.
Berjalan penuh gaya. Lepas ni ke mana pula? Oh ya, kami akan ke Jakim selepas ini. Tapi sebelum itu, kami akan ke hotel dahulu. Solat, makan dan rehat. Kami akan bertolak pada jam 1.30 pm.

LAWATAN KERJA KE KOTA KINABALU (HARI PERTAMA)

PERJALANAN LAWATAN KERJA KE KOTA KINABALU SABAH
22 Oktober 2013
Saya sampai di terminal feri dalam 6.30 pagi. Ingatkan saya yang terakhir, rupanya saya antara yang terawal. Yang menaiki kereta waja tu ialah KPPK Us Sabarudin dan yang memandu ialah Us Hamli. Kerja bukan memandu, tapi untuk urusan ini, beliau ditugaskan untuk memandu kenderaan jabatan. Jangan risau ia telah mendapat kelulusan ketua jabatan. Hehe. :)
Tadi saya beli tiket penumpang feri. Harganya hanya RM2.50, harga asal ialah Rm5.00. Terima kasih kerajaan. Selepas beli tiket, saya terus ke kedai makan ni Restoran Sharifah kalau tak silap. Ini kali kedua saya makan di sini.

Kawan-kawan dalam gambar ni, terlebih dahulu sampai. Saya agak lewat, beli tiket tadi makan masa hampir setengah jam.
Ini suasana kedai. Kemas dan teratur.
Bersembang sementara menunggu waktu naik feri.
Selesai makan. Kami pun naik ke feri. 
 Ni gambar di feri. Dari kiri: Us Ghaus, Us Adli, Us Rody dan Us Fakhri. Terlindung pula mukanya.
Semua ada kerusi masing-masing. Perjalanan belum bermula. Feri tengah tunggu loading kenderaan di bawah sana. 
Duduk secara santai sambil bersembang.
 Permandangan sekeliling sebelum bertolak. Dalam gambar sebelah kiri: Terminal Speed boat dan Feri Ekspress.
 Bangunan KASTAM. Kejap lagi nak bertolak dah.













 Kelihatan tanah besar Sabah. Tak lama lagi kami akan mendarat.
 Gambar dari arah hadapan feri. Jeti.
 Us Sabarudin dan Us Sazali.
Makcik Nurulin. Saya kenali beliau di kelas MACMA.
Perjalanan ke Kota Kinabalu melalui Beufort / Papar menaiki kereta Toyota Hi-ace. Enjin kereta ini 3000 cc, tapi disebabkan badannya yang tinggi, ia tidak boleh dibawa laju. Bergegar bah. Kalau 120 k/m ok lagi lah. Kalau lebih dari itu, hmmm tak selesa jadinya, lebih-lebih lagi kalau keadaan jalan tidak rata.
Awan memanjang.

Dah dekat dah ni...


Berenti makan jap. Lapar pulak rasanya. Restoran apa ntah namanya. Restorannya yang dalam gambar tu.
Inilah dia kereta yang dinaiki. Terima kasih kepada En Razali yang memandu kami hingga sampai ke destinasi yang dituju. Kami masih belum sampai lagi ni.  Tapi setakat ini sahaja post ini. Terima kasih kerana membaca.