Technorati Tags:
kursus,
bengkel Tarikh: 21-23 November 2014
Tempat: Kota Kinabalu, Sabah
Peserta: Imam Masjid Labuan dan Sabah.
Objektif utama program ini adalah untuk menganjurkan semangat kebersamaan dalam mengajak golongan yang berisiko HIV/AIDS kembali ke arah agama. Menghilangkan pra-sangka, stigma buruk kepada mereka. Apabila tiada lagi stigma ini, baru lah mudah untuk mengajak mereka kembali kepada agama.
Supaya kita dapat mengumpulkan saudara-saudara kita yang telah insaf, dan mengajak mereka untuk menyeru kepada rakan-rakannya yang terdahulu agar mengikuti jejaknya yang telah kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah, bagi saya program ini amat baik dan perlu diadakan di tempat-tempat lain kepada peserta yang berbeza. Great!
Dalam feri menuju ke Menumbok.
Dr Khamisah, Ceramah berkenaan HIV/AIDS
Para peserta dari sekitar Sabah dan Labuan.
Tuan Haji Samsudin, peserta dari Labuan.
Taburan HIV/AIDS di dunia
Benua yang paling banyak HIV/AIDS ialah Afrika. Moga Allah jauhkan kita dari penyakit ini. Siapa pun yang mengidap HIV/AIDS, mereka adalah sasaran dakwah anda.
Jadual yang padat untuk 2 hari 3 malam. :)
Nak jalan-jalan, tak sempat rasanya.
Penyampaian cenderamata penghargaan kepada penceramah oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Caw Labuan.
“Sila isikan borang maklumat peribadi dan hantarkan kepada urusetia”
Makan time.
Urusetia Labuan, Us Zaki dan Us Pirzada.
Hehe
Jangan lupa berbaris. :)
Slot Pertama Hari Sabtu. Encik Joseph dari NGO KASIH yang mengelola pusat penjagaan pengidap HIV/AIDS
Beliau menceritakan pengalamannya sepanjang menjaga pesakit HIV/AIDS
Pen dan kertas jadual
Saya
Penghulu bengkel memberikan amanatnya kepada peserta yang lain.
Dr Nazri.
Ketua urusetia dari Labuan memberikan makluman kepada peserta.
Sesi penyerahan cenderamata kepada penceramah dari wakil JAKIM Putrajaya.
Pengacara menjemput penceramah untuk memulakan ceramahnya.
Haji Bakar dari Hospital Kuala Lumpur
Senarai- mesti ada- pada setiap pengurus mayat
Peralatan mandi jenazah. Bukan semua perlu. Yang penting ikut situasi dan keadaan mayat.
Penceramah pada sesi malam dari JAKIM.
Antara persatuan yang memperjuangkan LGBT. Apa peranan kita? Apa peranan anda?
Sesi minum malam.
Sesi pagi (Ahad)
LDK. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Setiapnya ditugaskan untuk memikirkan perancangan bagaimana menghadapi golongan yang berisiko di tempat tinggal masing-masing. Kemudian dibentangkan dihadapan peserta yang lain.
Kumpulan Sri Labuan. Walaupun bukan semua dari Labuan, tapi semua bersetuju ia dinamakan begitu.
Merangka draf sebelum ditulis atas kertas mahjong.
Saya dipilih untuk membentangkan isi yang telah dipersetujui bersama.
Urusetia.
Majlis penutupan bengkel dihadiri oleh KPPK Bahagian KSK, KPP JAHEINS dan KPPK JAWI Labuan.
Bacaan doa oleh Us Iznan.
Berkumpul sebelum sesi bergambar
Senyum semua!!