Tak buat apa pun kat sini. Duduk-duduk jer.
Anak merupakan anugerah Allah kepada ibu dan bapa. Ia perlu dihargai dan diajar menghargai. Hari ni saya fokus berkenaan layanan kepada kanak-kanak dalam masjid. Gambar-gambar di bawah di ambil di Masjid Mahmudiyah, WP Labuan.
Antara perkara yang normal pada kanak-kanak ialah suka bermain. Ramai yang tidak boleh terima hakikat ini. Ramai yang bila datang ke masjid mereka tidak mahu melihat kanak-kanak berada dalam masjid. Anti kanak-kanak mungkin. Pernah sekali ada saya terlihat seorang pakcik (hampir sebaya dengan bapa saya) menampar kanak-kanak yang bermain. Yang menjadi punca ialah anak ini tadi membuat bising ketika solat. Saya rasa tidak patut dibuat demikian. Budak-budak yang melepak, berpeleseran, hisap gam, pastinya tak pernah kena tampar sebegini.
Saya dah jarang dah melihat budak itu datang ke masjid. Rasanya bukan jarang, tapi langsung tak datang. Ermmm, kita dah kehilangan prospek dakwah. Tak mesra kanak-kanak juga adalah masalah dalam diri kita.
Kawalan.
Jarang-jarang kanak-kanak datang bersendirian, melainkan rumahnya bersebelahan masjid. Biasanya datang dengan berteman. Sama ada dengan ibu, bapa, abang, cikgu dan lain-lain.
Lagi satu, dalam masyarakat kita, kanak-kanak ditempatkan di saf belaaaaaaaakang sekali. Tahu tak apa jadi jika sepuluh orang kanak-kanak duduk berdekatan? Pastinya mereka bermain-main. Berdiri di saf tapi bercakap. Berdiri di saf tapi tangan usik kawan, pijak kaki kawan.
Pernah juga saya lihat, beberapa orang kanak-kanak solat di saf pertama. Tiba-tiba datang seorang dewasa, lalu dia menarik kanak-kanak ini ke saf belakang. Saya ingin bertanya , “Hak saf hadapan, adakah hak eksklusif orang dewasa? atau ia hak orang yang datang awal?” Bukankah Nabi menggalakkan kita berebut saf awal? Jadi siapa cepat dia dapat. Tau.
Kalau lambat datang tu, sedarlah diri. Datang lah awal.
Islam tidak meletakkan syarat anak kecil yang datang itu mesti bersunat terlebih dahulu. Yang menjadi keutamaan ialah anak tadi mesti mumayyiz, ia memahami apa yang dilakukan, memahami arahan jika diberikan. Tetapi mesti berserta kawalan.
Jadi anak-anak ini nak diletakkan di mana ketika solat?
Letakkan disebelah bapanya yang bersolat. Setiap bapa yang membawa anaknya, letakkan anaknya disebelahnya. Mungkin ada yang bertanya, eh mana boleh nanti…..
Mengapa ketika di seluruh pelusuk negara Arab Islam, ia tidak menjadi masalah, tetapi di Malaysia ia merupakan masalah terbesar? Bukankah bila anak-anak ini disebelah bapanya, ia akan diam dan turut serta sekali untuk solat? Lantas ia akan menghilangkan masalah anak-anak bising ketika solat? Bukankah begitu?
Selagi anak-anak dianggap masalah, selagi itulah kita tidak akan dapat melihat generasi pelapis bagi masa akan datang. Mereka takut untuk datang ke masjid, kerana ada penjaga (pembengis) seperti ini.
Layanan
Layanilah mereka dengan baik, nescaya mereka akan berbaik dengan kita.
Dalam sepotong hadis dari Abu Hurairah katanya : Nabi SAW bersabda:……..
( إنه من لا يَرحم، لا يُرحم)
Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengasihi ia tidak akan dikasihi.
Hadis Muttafaqun Alaih
Masjid adalah hak semua muslim tidak mengira usia. Jangan hadkan pemilikan masjid hanya kepada golongan tertentu. Setiap orang ada haknya di masjid. Kita sebagai jemaah yang hadir raikan lah semua golongan.
Jika ibubapa dan semua memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing semua perkara menjadi mudah.
Di Masjid yang saya bertugas ini, saya menggalakkan sesiapa datang membawa anak untuk solat bersama anaknya disebelahnya. Ia membawa ketenangan kepada yang membawa anak dan mudahkan pemantauan anaknya. Sekalikus semua jemaah lain dapat solat dengan lebih baik.
Gambar diambil menggunakan Kamera Canon Powershot G16 di Masjid Mahmudiyah Labuan.
Kali ni saya nak update pasal penapis lensa (filter) bagi kamera yang baru saya beli iaitu Canon Powershot G16. Bimbang juga kalau lensa kamera bercalar. Jadi cari punya cari di internet, benda kat bawah ni lah saya jumpa. Satu adapter, dua filter dan penutup lensa. Harga USD 26.99.
Kalau di ebay, banyak ni harganya…Ini antara yang murah saya boleh dapat. Yang bestnya penghantaran percuma.
Hantar sampai ke Labuan. Aaa…bayar guna Paypal. kalau ada yang tanya, “Takde kaedah lain ke, nak bayar?” Biasanya penjual mengutamakan Paypal. Lagipun guna paypal ni mudah jer kalau nak buat bayaran.
Kalau di Lelong.com.my agak mahal.
Kualiti? Ermm entahlah, tak pasti baru kali pertama beli, jadi tak dapat nak pastikan kualitinya.
Order pada 28 Oktober 2014. Lebihkurang dua minggu juga nak sampai. 12 November 2014 sampai.
Bungkusannya guna sampul surat biasa jer. Tapi yang paling penting sampai ke tangan. :)
Ni lah rupanya, semua barangan tu buatan Jepun. Jenama yang tak dikenali. Tapi dari segi pembuatannya saya lihat kemas dan baik. Yang dalam kotak tu adapter untuk diguna pasang filter nanti.![]()
Gambar diambil menggunakan kamera Canon Powershot G16
Bertempat di Sunway Lagoon, Bandar Sunway. Tak jauh dari Klang. Lebih kurang 15 kilometer sahaja. Betul ker?
Dah lama gambar2 ni tersimpan dalam komputer, jadi sekarang ni baru tergerak hati nak jadikan video dan muatnaik ke YOUTUBE. Baru belajar lah katakan.
Masa ni kami masih bertiga, saya , isteri dan Irfan , anak sulung. Sekarang dah berempat. Dalam video ni belum ada lagi gambarnya. Hehe.
Kalau gambar ni tersimpan je, lama-lama jadi pekasam lah nampaknya. Tak delah pekasam, tapi memenuhkan ruang dalam komputer jer. Kalau kat sini boleh lah berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sengaja atau tak sengaja melintas di blog ni. hehe.
Saya pun dah tak ingat, kami main air atau tidak masa tu. Rasanya tak. Orang memang ramai. Pakaian pun macam2 jenis. Yang penting kalau masuk ke Lagoon ni niat kena baik. Jangan niat yang buruk. Kat sini selain taman air, ada juga taman haiwan. Di bahagian atas ada permainan, ada jejantas dan macam-macam lagi.
إنما الأعما ل بالنيات
sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat.
Ok jumpa lagi.
Setelah persediaan dilakukan kami menyerah segala urusan kepada Allah. Cuaca pada tahun-tahun lalu, berbeza dengan tahun ini. Tahun lalu, cerah dan panas, tiada bayangan hujan. Namun kali ini berbeza, hujan turun dengan lebat. Hanya jiwa yang tabah dan tak takut hujan sahaja yang mampu meneruskan segala usaha yang telah dirancang. Hehe.
Pelan kecemasan memang tidak ada. Hujan atau panas program ini tetap diteruskan. Boleh dilihat dari video di bawah.
Semua gambar dari video di atas adalah diambil menggunakan kamera sendiri. Olympus tough. Dibeli sejak 2012.
Keadaan padang memang lecah basah. Tidak dapat mengelak dari hujan memandangkan saya, terlibat dengan pelepasan kontinjen. Redha. Hujan turun hingga program hampir tamat. 3/4 program adalah hujan.
Pada akhirnya, program ini tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Hari ni beraya di Banting kampung mak mertua saya. Dia di lahirkan dan dibesarkan di sini. Adik-beradiknya pun ramai di sini. Kami ke sana bersekali 6 buah kereta. Saya, hari raya pertama di kampung, di Tanjung Karang, Selangor. Hari raya kedua di Seberang Perak di rumah arwah atuk. Nenek tiri dan adik beradik mak semua hampir semua di sana.
Hari ketiga, ke Banting. Kami, saya anak-anak dan isteri bertolak dari Tanjung Karang terus ke Banting. Semua berpakat berjumpa di rumah Wak Tar.
Antara rumah yang kami ziarahi:
1. Wak Tar
2. Nenek Mis
3. Wak Jan
Saya pun dah tak berapa ingat rumah sapa lagi yang kami pergi. Hampir dua bulan yang lalu.
Makanan best tak?
Alhamdulillah, datang ni pun bukan nak makan sangat. Apa yang dihidang kami makan. Ada yang hidang makan berat, ada yang hidang kuih je. Tak sempat lapar sepanjang di sana.
Bila lagi nak ke Banting?
Entahlah, sekarang ni pun dah berada di Labuan. Nak balik semenanjung kena tunggu akhir tahun lah nampaknya.
Gembira
Berjumpa dengan sanak saudara cukup menggembirakan. Anak-anak saudara pun ramai, masing-masing dengan perangai berbeza, memang menghiburkan.
Raya di Tanjung Karang, saya tak sempat lagi nak siapkan. Setakat ni, ini sahaja.
Terima kasih sudi singgah di Blog ini.
Tulisan saya kali ini, baru sempat dimuatkan pada 20 September 2014. Jadi, banyak perincian program ni dah tak ingat.
Tempat: Hotel Hyaat Regency, Kuantan
Tarikh: 1-3 Februari 2013
Tahun ini (2013) kali pertama saya menyertai Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Antara perbincangannya ialah permasalahan jemaah Haji tahun sebelumnya.
Para peserta adalah dari kalangan pengkursus haji dari setiap negeri di Malaysia. Wakil dari Labuan tiga orang, saya, Ustaz Abdul Rahman SMK Labuan dan Ustazah Hasinah.
Kami terbang dari Labuan dengan tiket yang disediakan oleh pihak Tabung Haji ke KLIA. Saya ke Kuantan, dengan menaiki bas dari Klang Central.
Dari Stesen Bas Kuantan, saya menaiki teksi ke Hotel. Gambar perjalanan, saya tak ingat letak di mana. Yang ada hanya di Hotel. Dah saya jadikan video seperti di atas.
Semasa sampai ke sini, saya pun tak pasti kalau-kalau ada kawan lain yang turut serta. Bila sampai di sana barulah terjumpa dengan Imam Muda Astro, Us Abdul Jabbar. Kawan masa belajar di Arab Saudi dulu. Haa, ada lagi, Us Imran Nasoha. Dia duduk Subang Jaya. Kawan masa belajar di Madrasah Hafiz Klang. Alaa, yang tepi Sungai Klang tu. Kalau dulu, Madrasah tu berdepan dengan Pasaraya Great Wall. Sekarang pasaraya ni sudah tiada. Masa bertolak balik lepas habis muzakarah ni, saya tumpang keretanya hingga ke Subang. Lepas itu saya teruskan perjalanan ke Klang, rumah bapa mertuaku. Anak dan isteri masih di sini. Belum ke Labuan mengikuti saya. Hehe.
Antara personaliti tv yang saya lihat, Us…. emmm… saya pun dah tak ingat namanya. Maklumlah dah dua tahun berlalu. Rupanya saya ingatlah. Any how…
Program ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dato Seri Jamil Khir.
Hotel ini, alhamdulillah amat selesa. Suasana resort. Lebih-lebih lagi ia terletak di tepi Laut. Ia juga kawasan peranginan.
Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Tabung Haji yang telah menganjurkan Program Muzakarah Haji pada tahun ini.
Tempat: Di pantai berdekatan Hotel Tiara Labuan
Tarikh: 16 September.
Bersama-sama rakan-rakan liqa’.
Aktiviti santai dan berehat sambil membakar ikan dan ayam. Makanan di bawa secara potluck, sorang sikit bawa makanan masing-masing. Ok lah kepelbagaian jenis makanan. Hehe.
Cuaca alhamdulillah. Cerah. Kami datang sejak awal pagi jam 8 lebih. Berakhir lebih kurang pada waktu zohor.
Kamera yang digunakan: Olympus Tough. Beli sejak dua tahun lalu. Gambar bukan HD. Kalau yang sekarang ni dipasaran, rasanya banyak yang HD.
Apa-apa pun…jom layan
Rasulullah telah meninggal dunia. Umar RA ketika meninggalnya Nabi SAW, beliau tidak dapat menerima hakikat kematian Nabi SAW. Lalu beliau ditenangkan oleh Abu Bakar RA yang menyatakan kepadanya: Jika engkau menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat. Jika engkau menyembah, maka Dia lah tuhan yang maha hidup lagi tidak mati.
Jadi para sahabat ketika itu telah, secara rela dan dada terbuka, menerima kematian Nabi SAW sebagai kematian yang benar-benar berlaku. Istilah “mati” yang difahami oleh para sahabat ketika itu ialah berpisahnya jasad dari roh. Dan para sahabat Nabi SAW juga sememangnya tahu kewujudan ayat yang berbunyi:
Firman Allah:
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتَۢاۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ (١٦٩)
Bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.
Penerangan ayat
Hidup dalam ayat di atas bukan sebagai mana kita hidup. Kita juga tahu bahawa orang yang mati syahid jasad mereka berada di bumi. Jasad mereka tidak diangkat oleh Allah ke langit.
Dan kalau kita lihat dalam hadis yang menyebut Isra dan Mikraj, Nabi SAW bertemu dengan para Nabi dari langit yang pertama hingga langit yang ke tujuh. Walaupun begitu semua para sahabat memahami bahawa mereka dahulunya telah meninggal dunia. Dan kehidupan mereka bukan seperti kita hari ini yang memerlukan makanan untuk tubuh fizikal yang sentiasa akan merasai kematian.
Mereka juga tahu bahawa orang yang telah mati tidak kembali lagi ke dunia ini. Para sahabat Nabi SAW adalah orang yang paling tinggi keimanannya selepas nabi SAW. Dan bandingannya dengan iman kita pada hari ini adalah sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW pada sabdanya:
[عن أبي هريرة _رضي الله عنه_ قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ( لا تسبوا أصحابي لا تسبوا أصحابي فوالذي نفسي بيده لو أن أحدكم أنفق مثل أحد ذهبا ما أدرك مد أحدهم ولا نصيفه )
[10]10] رواه البخاري (3470 ) ومسلم (2540) واللفظ له
Bermaksud: Jangan kamu mencela sahabatku, kalau lah kamu menafkahkan emas yang kamu miliki sebesar bukit uhud, ia tidak akan sama dengan secupak gandum yang diberikan oleh para sahabat, juga tidak sama dengan separuh darinya.
Siapa di antara para Nabi dan rasul yang tidak mati hingga hari ini?
Para ulama bersepakat bahawa satu-satunya Nabi yang tidak meninggal dunia, secara ijmak, adalah Nabi Isa. Jadi kalau kita kata bahawa Nabi Muhammad sentiasa mendatangi majlis zikir – bagi yang mendakwa demikian- maka apa beza dengan mati atau tidak mati. Soalannya nabi Muhammad telah meninggal atau belum?
Adakah sahabat Nabi SAW sentiasa melihat Nabi SAW secara sedar, setelah kewafatan Nabi SAW?
Iman para sahabat, tidak boleh dinafikan, iman yang tertinggi dari kalangan umat Nabi SAW. Bagi yang mendakwa bahawa mereka – sahabat nabi- sering berjumpa Nabi secara yaazah –secara sedar, maka perlu mendatangkan hadis-hadis yang menyokong dakwaan mereka itu. Ini perkara agama, bukan benda main-main, ia perkara serius. No money no talk- eh silap- No hadis no talk…. nonsense..ok.
Kalau mereka menyebut bahawa sahabat nabi tidak melihat Nabi SAW secara jaga- yaqazah-, tetapi mereka mendakwa bahawa diri mereka –sesetengah golongan kumpulan tarekat- telah melihat nabi secara sedar – jaga- yaqazah-, maka seolah-olah mereka ini lebih hebat dari keimanan para sahabat. Sedangkan sahabat nabi sendiri tidak melihat nabi secara sedar –yaqazah- setelah kewafatan Nabi SAW.
Benarkah mereka –golongan melampau ini_ melihat Nabi SAW dalam majlis mereka?
Sebenarnya apa yang berlaku ialah mereka hanya mendakwa bahawa Nabi SAW hadir ke majlis mereka. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang melihat tubuh badan Nabi SAW. Para pengikut pula hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Tok Guru (SheikH) mereka.
Nasihat saya kepada golongan yang taksub (fanatik buta)
Tunjukkan dalil dari mana datangnya kepercayaan sebegini. Jika tidak ada dalil,maka kita perlu tinggalkan ajaran yang songsang ini, yang tidak berdiri di syariat yang nyata.